qilla

Saturday, January 31, 2026

Sekitar Tempat Tumpuan Guangfu


Selesai dinner amik masa jalan meronda sekitar tempat makan. Nak tengok suasana malam dan lampu-lampau kota Taipei.





- - - - -


Kedai Mee Halal Taipei


Petang ni selepas berehat sekejap mulalah keluar sekitar tempat penginapan. Berjalan nak mencari tempat makan. Ada sebuah restoran halal yang jadi target. Menu mereka noodle soup. Sebaik tiba situ hari sudah hampir gelap. 

Magrib masuk awal kat Taipei. Jam enam petang sudah masuk maghrib. Ada sebuah ruang musola siap disediakan di restoran noodle ini.

Google location kata lokasi restoran ni sekitar Zhongzheng District - Guangfu.


Berdiri depan luar kedai

Nama kedai tak boleh nak baca. Semua tulisan mereka



Ada tulis Chang's Beef Noodles


Siap ada ruang musola kat restoran halal ini




Beef Noodles kat Restoran Halal Chang's

- - - - -

Mula Meronda Sekitar Tempat Penginapan


Selepas berehat kejap di bilik penginapan bolehlah keluar sekita blok penginapan. Nak mencari tempat makan. Sambil tu amik beberapa foto dulu.


Ni betul-betul kat luar blok penginapan.

Banyak projek pembinaan sedang berjalan


Starbucks Coffee sampai tiga level benar



Relax 5 tulisnya



- - - - -




Penginapan Brown House Hotel


Sesampai blok penginapan terus naik ke Level 26. Menuju kaunter check-in penginapan. Hotel nama Brown House. Siap tersedia wifi percuma untuk semua bilik.


Petugas hotel boleh berbahasa Inggeris dan baik pulak tu



Kemudahan wifi percuma




Ruang koridor ke bilik penginapan


Alhamdulilah dah boleh berehat

- - - - -




Tiba Taipei Central Station


Perjalanan dengan MRT ke Central Station selesa sekali. Lagi-lagi lah dapat seat dan boleh duduk. Kalau kena berdiri jenuh juga. Perjalanan lama pulak tu.

Sebaik tiba Central Station terus cari exit menuju ke tempat penginapan. Kebetulan hotel penginapan tak jauh mana dari Central Station.


Ada mall juga kat Central Station ni - Taipei City Mall


Laluan dari stesen menuju penginapan


Bangunan tempat penginapan - Asia Plaza Tower

- - - - -


Taipei MRT Airport Train


Naik MRT dari Airport ke Taipei City. Tambang MRT Express NT160 (sekitar RM20) untuk perjalanan sehala. Untuk warga senior pun tambang sama. Tak ada diskaun. Tambang harga diskaun hanya terpakai tren MRT biasa perjalanan dalam bandar.

Perjalanan tren dari Airport ke Taipei Central Station amik masa sekitar lima puluh minit.


Duduk kat priority seat. Untuk warga emas

- - - - -

Menunggu Tren MRT


Urusan pemeriksaan imigresen berjalan lancar. Ramai pelancung tiba dan beratur pada waktu kami sampai. Namun banyak kaunter dibuka. Petugas pun membantu elok dan memudahkan urusan kaunter.

Kemudia terus menuju kaunter tempat beli tiket MRT.



Harga tambang MRT


Mesin beli tiket



Signage laluan dan stesen MRT


Menunggu tren MRT

- - - - -


Tiba Tao Yuan Airport Taipei


Tiba Tao Yuan Airport Taipei. Penerbangan dari KLIA2 amik masa sekitar lima jam.





Waktu tiba Airport Taipei suhunya 17deg

- - - - -


Taste of India


Breakfast dulu. Minta teh C kedai ni tak boleh buat. Mereka cuma ada susu pekat manis saja. Ehm minum teh O saja lah.


Food court KILA2

- - - - -

Friday, January 30, 2026

Dinner Boomtown USJ


Malam ni makan kat Boomtown USJ. Menu nasi lemak. Nasi Lemak Carlos tulisnya.


- - - - -


Thursday, January 29, 2026

Rak Buku Baru Tiba


Ada delivery petang ni. Rak baru dah tiba. Rak baru beli ni rak ke3. Harga belian RM600.

Rak no2 beli pada Julai 2024. Dah penuh berisi buku.






Pekerja bagi thumb. Dia nampak tu saya amik foto.


Dah selesai semua



Ni rak buku no2. Dah penuh isi.


Buku untuk masuk ke rak ke3

- - - - -

Tukar Note New Taiwan Dollar


Hari ini menukar wang NTD. Berurusan di sebuah pengurup wang di Main Place. Kadar tukaran sekitar NTD1000 bersamaan RM120.



NTD500 dan NTD1000

- - - - -


Ambil Laporan Pemeriksaan Darah


Hari ni ke klinik ambil laporan pemeriksaan darah. Doktor bertugas Singh Jr.


- - - - -


Wednesday, January 28, 2026

Firma Guaman Haida Mohd Fikah


Petang ini menyinggah sebentar sebuah firma guaman di Seksen 23. Firma Guaman nama Haida Mohd Fikah & Partners. Datang urusan signing SPA Apartmen Baiduri.


- - - - -


Saturday, January 24, 2026

Menginap Regal Lodge Ipoh


Hari ini travel ke Ipoh. Untuk menghadiri majlis walimah anak Dato Lat pada esok hari. Menginap satu malam di Rega Lodge Ipoh.


Rega Lodge Ipoh

- - - - -


Friday, January 23, 2026

Dinner Fish & Chips Main Place


Malam ni dinner menu fish & chips. Lokasi restoran nama Fish & Co di Main Place.

Petikan Ai:

Fish & Co is owned and managed by founder Rickey Chew. Sometimes listed as Ricky Choo, who established the casual dining seafood chain in Singapore in 1998 alongside Lambert Yeo. 
The brand, known for its food-in-pan concept, is operated under Fish & Co. Restaurants Private Ltd and has expanded to multiple countries across Asia and the Middle East.



- - - - -




Thursday, January 22, 2026

klinik Ambil Darah


Pagi ni pergi klinik dr singh seksen27. Check darah tahun 2026. Dr Singh senior sedang bercuti. Travel ke India. Menantu perempuan dia yg duty pagi ni

Lepas amik darah bfast restoran saffah.


- - - - -


Wednesday, January 21, 2026

Bayar Cukai Pintu MBSA


Hari ini ke HQ MBSA. Bayar cukai pintu untuk tahun 2026. Dapat lah hadiah payung sama.



Kaunter bayaran sudah di ubah suai elok cantik

- - - - -




Monday, January 19, 2026

Kerja Pindah Tiang Lampu MBSA


Setelah sekian lama buat aduan hari ni kontraktor MBSA datang buat kerja.


Tiang lampu di pindah ke sebelah rumah No. 1, 27/38A.


- - - - -