qilla

Tuesday, December 11, 2007

Maktab Sultan Abu Bakar

MSAB atau EC adalah sebuah sekolah premier di JB. Waktu cuti sekolah baru ni berpeluang melawat MSAB. Pada waktu itu diadakan sesi temuduga untuk program melanjut pelajaran ke Jepun bagi calun lepasan SPM.


Sebahagian Bangunan Utama MSAB


Sambil menunggu sesi tersebut selesai sempatlah melihat-lihat persekitaran MSAB. Satu tempat tumpuan ialah Museum Sains dan Serangga. Museum tersebut terletak di salah satu blok lama MSAB.


Bahan pamiran anatomi manusia


Kewujudan museum tersebut adalah suatu yang amat membanggakan kerana bukanlah mudah pihak sekolah mengadakan artifak dan bahan pamiran.

Pemandangan ruang pamiran Museum Sains MSAB

Antara bahan yang dipamiran adalah peralatan lama yang pernah digunakan di makmal sains msab seperti jangka gelombang, alat timbangan dan banyak lagi.

Pelbagai jangka dan mesin timbang

Sebahagian serangga yang dipamirkan


Turut di pamirkan adalah berbagai jenis serangga dan hidupan seperti rama-rama dan sebagainya. Kebanyakan hidupan tersebut dikutip oleh pelajar semasa sesi lawatan ke hutan di Cameron Highlands dan tempat lain.


...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home