qilla

Thursday, April 03, 2008

Jalan-jalan Penyabung


Penyabung adalah nama sebuah tempat di tepi laut yang menjadi tumpuan pengunjung untuk berehat di hujung minggu. Jauhnya adalah kira-kira 30minit kalau memandu kereta dari bandar Mersing menghala ke Endau.


Endau Beach Resort



Salah satu tempat penginapan yang menarik di Penyabung ialah Endau Beach Resort. Kadarnya mungkin agak mahal dalam Rm160 semalam memandangkan lokasinya yang agak jauh dari bandar. Namun itulah harganya kalau hendak bermalam di situ. Itu cuma harga penginapan tidak termasuk makanan.



Ruang reception dan kafe

Kalau nak makan kat luar banyak kedai dan warung makanan terdapat tak jauh dari EBR. Berjalan kaki cuma dalam 5-10 minit. Nasi lemak untuk makanan sarapan boleh dapat dengan harga Rm1. Amat klasik kerana siap bungkus dengan daun ...



Nasi lemak bungkus daun

0 Comments:

Post a Comment

<< Home