qilla

Saturday, July 12, 2008

Pekan Ckt Jering


Deretan kedai baru di Changkat Jering


Changkat Jering adalah sebuah pekan kecil di utara Perak berhampiran Taiping. Bagi pengguna lebuhraya Plus pastinya akan melalui lorong keluar Ckt Jering untuk meneruskan perjalanan ke Taiping, Bagan Serai dan sekitarnya. Kini pekan ini agak membangun dengan pembinaan deretan rumah kedai yang baru. Namun tidak banyak peniaga kaum Melayu yang membuka perniagaan di situ. Setakat ini cuma ada beberapa peniaga Melayu membuka restoran, kedai jamu, kedai buku, klinik dan kafe siber.


Sebuah pasaraya besar di Changkat Jering


Satu masa dulu, sebelum deretan kedai baru di bina ada sebuah kedai milik india muslim yang berniaga di Changkat Jering. Kedai itu dikenali namaya sebagai Kedai Kader dan amat maju perniagaannya. Apabila projek komplek perniagaan ini dibina tapak kedai peniaga india muslim (kedai Kader) itu dirobohkan dan terpaksalah ia berpindah ke tempat lain. Kedai baru itu tidak lagi menggunakan nama lama KSM Abdul Kader tetapi nama baru yang amat panjang!

Proses menjemur asam keping

Kampung di sekitar Ckt Jering banyak pokok asam gelugor. Oleh itu para pengusaha kecilan asam keping boleh dilihat di merata tempat lapang di sekitar Changkat Jering.



0 Comments:

Post a Comment

<< Home