qilla

Thursday, September 04, 2008

Bubur lambuk



Apabila Ramadan tiba maka sekali lagi bubur lambuk menjadi sebutan. Masjid di merata tempat mengadakan peruntukan untuk memasak bubur lambuk untuk di agih kepada orang ramai. Paling mendapat publisiti ialah Masjid Jamek Kg Baru KL yang telah sekian lama menyediakan juadah bubur lambuk. Peminatnya ramai dan mereka sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya.


Di JB peminat bubur lambuk turut mencari juadah istimewa ini. Salah sebuah masjid yang menyediakan ialah Masjid Jamek UDA. Ia diagihkan selepas solat asar dengan pek plastik yang menarik. Ramai juga ahli jemaah datang beratur setiap kali tiba waktu pengagihan.

Bumbur lambuk Masjid UDA

0 Comments:

Post a Comment

<< Home