qilla

Tuesday, January 06, 2009

Pantai Batu Hitam

Banyak sekali pantai peranginan yang boleh dilawati di sepanjang pantai timur dari Johor, Pahang , Terengganu hinggalah ke Kelantan. Salah satunya adalah Pantai Batu Hitam berhampiran Bandar Kuantan. Ia terletak kira-kira 10km dari Kuantan menghala ke Kemaman.

Fasiliti yang disediakan termasuklah ruang letak kereta yang berturap, bangku rehat, dan menara tinjau. Tidak jauh dari pantai ada warung makanan untuk para pengunjung menjamu selera. Menurut sebuah artikel warung makanan tersebut terkenal dengan sajian ikan bakar seperti kerapu, bawal dan tenggiri (lihat link di bawah).



Suasana di Pantai Batu Hitam



Satu pemandangan di Pantai Batu Hitam
Sekiranya hendak bermalam terdapat sebuah resort berhampiran Pantai Batu Hitam iaitu Duta Sands Beach Resorts (Tel: 544 8101). Senarai resorts lain rujuk di sini.
Maklumat lain mengenai pantai di Kuantan (i.e., Teluk Cempedak, Chendering dan termasuk juga Pantai Batu Hitam) boleh di baca di sini.

1 Comments:

  • At 8:17 AM, Anonymous Anonymous said…

    FORUM Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia (GEM Community) - www.gem.socialgo.com

    DIREKTORI Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia - www.pertanianmalaysia.blogspot.com

    Global Excellent Marketing Sdn Bhd(GEM), Perunding, Pembangunan & Pengurusan Industri Sarang Burung Layang-Layang (Walet/Walit), Pakarekabentuk Rumah Burung Layang-Layang (Walet/Walit) - www.gem.tl.my

     

Post a Comment

<< Home