qilla

Saturday, March 16, 2019

Perjalanan Keluar Kota


Perjalanan yang dirancang hari ini adalah ke luar dari Edin untuk menuju ke sebuah bandar kecil, St Andrews. Jaraknya sekitar satu jam perjalanan dari Edin. Ketika bergerak keluar dari Edin kiri dan kanan jalan telah diliputi salji nipis. Hujan renyai masih berterusan.




Salji nipis melitupi permukaan tanah kiri dan kanan jalanraya

- - - - -

Perjalanan seterusnya bergerak menuju ke st andrews. Sebuah bandar kecil sekitar satu jam memandu dari edin. Sempatlah menyinggah st andrews university sebuah uni paling tua di scotland. 
Jalan menuju hala masuk ke st andrews kecil dan sempit. Namun seelok sampai bandar elok jalannya dan pekan ilmu st andrews kelihatan menyerlah.
Menurut ranking st andrews berada paling atas antara uni di scotland dan ketiga di UK selepas Oxford dan Cambridge. Hebat tu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home