Masjid Kobe
Di Kobe ada sebuah masjid besar. Istimewanya masjid ini kerana ada petugas (receptionist) duduk di ruang masuk. Beliau membantu menunjuk info kepada pengunjung dan pelawat yang ingin bersolat. Masjid Kobe merupakan masjid tertua dan pertama di Jepun dibina pada 1935. Ia direka bentuk oleh arkitek Czech Jan Josef Svagr. Beliau turut mereka bentuk beberapa lagi bangunan kepada berbagai agama di Jepun.
Uniknya Masjid Kobe kerana ia dapat bertahan dari kemusnahan dua peristiwa besar iaitu serangan WWII 1945 dan juga gempa bumi besar Kobe 1995.
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home