Sejarah Perlombongan Gua Kelam
Catatan mengenai info sejarah aktiviti perlombongan di Gua Kelam ada tertulis pada signage yang didirikan dekat pintu masuk ke Gua Kelam.
Menurut sejarah, Encik Nayan yang dikenali juga sebagai Tauke Nyan dengan Puan Aminah dari Wang Kelian memulakan perusahaan mengambil bijih timah di Sungai Pelarit berdekatan Gua Kelam. Tauke Nyan akhirnya telah menjual kawasan perlombongan tersebut kepada seorang tauke Cina, Kong Fatt yang kemudiannya menubuhkan Syarikat Perlombongan Kong Fatt.
Pendapatan kasar seorang buruh antara tahun 1920an dan 1930an di Kaki Bukit adalah $2.00 ke $4.00 sebulan.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home