Selesai Urusan Ketibaan
Urusan ketibaan di SRX meliputi pengambilan bagasi dan sebelum keluar dari airport ada borang deklarasi ketibaan yang perlu diisi oleh setiap pelawat. Maklumat no paspot, info tentang visa dan alamat penginapan perlu ditulis di borang tersebut. Selesai semuanya itu barulah boleh beredar meninggalkan airport.
Untuk menuju bandar Srinagar yang jaraknya sekitar 12 km banyak opsyen pengangkutan yang ada. Private (atau premier taxi) adalah paling selesa. Namun tambangnya mahal sekitar 500 Rupee. Boleh juga menaiki teksi berkongsi2 dengan harga 100 Rupee seorang. Manakala tambang dengan motor trishaw mungkin dapat 50 Rupee. Bagi yang datang dengan tour agent biasanya teksi sudah diuruskan dan sedia menunggu.
Kenderaan sewa sedia menunggu untuk ke Srinagar
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home