Lobang Jepang
Salah satu tarikan pengunjung Taman Panorama adalah melawat Lobang Jepang. Ia merupakan sebuah kubu bawah tanah yang dibina oleh tentera Jepun ketika WWII. Pembinaannya memakan masa tiga tahun sepanjang period perang 1942-45. Lobang Jepang merupakan kubu yang terbina dengan sejumlah empat belas buah terowong bersilangan satu sama lain sekitar 40 kaki di bawah tanah. Pembinaannya merupakan satu kisah sedih kerana buruh paksa di kalangan penduduk Indonesia yang berasal dari Jawa, Kalimantan dan Sulawesi. Tidak ada warga Bukittinggi yang terlibat dalam pembinaan. Sebaliknya mereka yang dari Bukittinggi dikerah pula oleh tentera Jepun untuk pembinaan kubu bawah tanah di luar Sumatera.
Satu pemandangan terowong Lobang Jepang
Sebuah pintu untuk keluar dari Lobang Jepang
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home