qilla

Tuesday, February 25, 2020

Pemandangan Tasik Maninjau


Dari Desa Sungai Landia perjalanan diteruskan untuk menuju ke kampung kelahiran Hamka. Perjalanan tersebut akan melalui dua tarikan utama iaitu Tasik Maninjau (37 km dari kota Bukittinggi) dan Kelok 44. Tasik Maninjau merupakan sebuah tasik caldera terhasil akibat kesan aktiviti letupan gunung berapi. Dari segi saiz Tasik Maninjau berada pada kedudukan kesebelas terbesar di Indonesia. Dan kedua terbesar di Sumatera Barat selepas Tasik Batur (or is it Danau Singkarak?). Dari sudut topografi Tasik Maninjau berada pada ketinggian 461.5 meter dan kedalamannya pula mencecah hingga 495 meter. (Baca - link).

Menurut legenda di Ranah Minang, keberadaan atau kewujudan Tasik Maninjau berkait rapat dengan kisah Bujang Sembilan. Baca - gramho. Baca juga "Misteri di balik eloknya Danau Maninjau" - pegipegi.


Tasik Maninjau

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home