Penginapan Hainburg Frankfurt
Penerbangan dari IST mendarat di FRA setelah sekitar tiga jam di udara. Ketika tiba tidak banyak penumpang dari penerbangan lain maka pemeriksaan imigresen berjalan lancar dan cepat. Seterusnya berurusan pula mendapatkan kereta sewa. Kemudian mula bergerak ke tempat penginapan. Homestay yang ditempah adalah di pinggir kota FRA iaitu penempatan bernama Hainburg. Jaraknya sekitar dua puluh kilometer dari Frankfurt dengan perjalanan lebih kurang dua puluh lima minit berkereta dari airport. Tiba di homestay dalam keadaan gelap dan cuaca sejuk.
Menginap di Hainburg selama dua malam. Sungguh pun ada pemanas/heater namun cuaca sejuk dan heater yang beroperasi dalam keadaan tenaga eletrik dicatu maka kesejukan masih terasa. Catuan letrik adalah kesan dari kekurangan bekalan tenaga akibat perang Ukraine.
Ruang tamu beserta katil sofa
Bilik mandi dan WC
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home