qilla

Thursday, January 25, 2024

Masjid Jabal Al-A'ala Kaki Bukit


Selepas selesai meronda Gua Kelam bergerak mencari masjid untuk bersedia solat Jumaat. Masjid berdekatan adalah Masjid Jabal Al-A'ala, Kaki Bukit Perlis. 

Pengalaman pertama bersolat Jumaat di Perlis. Bila masuk waktu Khatib naik mimbar, memberi salam dan duduk. Bilal melaung azan dan diikuti bacaan khutbah oleh Khatib. Semasa doa akhir khutbah oleh Khatib tiada jemaah yang menadah tangan.

Kemudian terus solat Jumaat. Akhir solat tidak pula diikuti zikir dan doa berjemaah. Imam terus bangun dan masuk ke bilik rasmi beliau.


Masjid Jabal Al-A'ala Kaki Bukit


Yang memakai sampin adalah petugas masjid
- - -

Suasana ruang solat sebelum masuk waktu

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home