Medan Parkir Masjid Ahmad Padang Besar
Pagi ini berjanji dengan pemandu memula tour sekitar pukul lapan pagi. Maka awal pagi pukul tujuh sudah chec out dari hotel. Terus bergerak menuju pekan Padang Besar. Perjalanan sekitar satu jam memandu dari Kuala Perlis. Lokasi yang dicari medan letak kereta di tepi masjid ahmad padang besar. Medan parkir diurus oleh koperasi masjid. Caj parkir adalah Rm5 bagi tempoh sehari.
Kebetulan hari cuti thaipusam maka parkir sudah banyak kereta. Ramai yang bercuti datang nak masuk ke Hatyai.
- - - - -
Petikan wiki - link:
Masjid Ahmad di Padang Besar, Perlis terletak beberapa meter dari sempadan Perlis-Thailand. Masjid ini dibuka dengan rasminya pada Jumaat 6 Zulkaedah 1391 bersamaan 24 Disember 1971. Dinamakan Masjid Ahmad bersempena nama bekas MB Perlis, Allahyarham Tan Sri Sheikh Ahmad Mohd Hashim. Seni binanya berbentuk rumah limas bungkus dengan bumbung dua tingkat. Di puncak bumbungnya didirikan sebuah kubah dan sebuah menara di sisi.
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home