qilla

Wednesday, March 06, 2024

Seoul Gimpo Airport


Hari ini mula bergerak meninggalkan kota Seoul. Selepas selesai minum pagi semua bersiap, kemas beg dan check out dari homestay DMC. Bergerak menuju ke Gimpo Airport dengan menaiki teksi. Perjalanan dengan teksi sejauh 12 km. Masa perjalanan sekitar kurang 15 minit.

Gimpo Airport merupakan airport utama Seoul sebelum ada Incheon. Incheon mula beroperasi pada 2001. Gimpo Airport mula dibina oleh pasukan tentera Jepun pada 1939. Airport Gimpo memula operasi untuk penerbangan antarabangsa pada 1951.

Baca History of Seoul Gimpo Airport - link.

Bangunan terminal domestik, Gimpo Airport




Proses check in penerbangan Jeju Air

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home