qilla

Saturday, May 03, 2025

Ziarah Taman Jalai Jaya Kepala Batas


Sempat juga singgah rumah Hanim di Kepala Batas. Lokasi Taman Jalai Jaya, Kepala Batas. Alhamdulillah. 

Taman Jalai Jaya terletak tidak jauh dari sebuah kem tentera nama Kem Tok Jalai, Jenan, Kedah.

Kenapa nama Tok Jalai?

Petikan - sastera rakyat kedah link:

Nama Tok Jalai diberikan berdasarkan nama seorang penduduk iaitu Jalai. Jalai adalah penduduk yang paling tua dikawasan berkenaan pada ketika itu. Beliau merupakan ketua rombongan perniagaan barang-barang runcit dan peralatan rumah sekitar tahun 1894. Oleh kerana beliau seorang tua, orang-orang kampung amat menghormatinya dan memanggilnya dengan gelaran Tok. Tok Jalai dikatakan datang dari selatan Thai dan hendak menuju ke Pulau Pinang tetapi singgah di kampung berkenaan lalu bermastautin dan meninggal di kampung berkenaan pada usia 150 tahun.




- - - - -





0 Comments:

Post a Comment

<< Home