Tiba Perth Airport
Pagi ni tiba dan selamat mendarat kat Perth Airport, Australia. Penerbangan dari KLIA2 amik masa sekitar lima jam setengah.
Waktu tiba Perth tadi sekitar pukul lima pagi. Perth ni sama saja zon waktunya dengan Malaysia. Makna nya pukul lima pagi kat Perth pukul lima juga kat Malaysia.
Tapi pukul lima pagi kat Perth hari sudah cerah. Sudah terang benderang. Warga Perth pun sudah sibuk beraktiviti.
Pusat khidmat sewa kereta kat airport juga sudah buka dan sedia berurusan. Kami berurusan menyewa kereta dengan syarikat Sixt. Semua nya berjalan elok dan mudah. Alhamdulillah.
- - - - -

0 Comments:
Post a Comment
<< Home