qilla

Sunday, November 01, 2026

Melawat Bandar Bellagio - Sekitar Tasik Como

 

Selepas jenuh mundar-mandir sekitar Varenna tiba masa untuk naik feri menuju ke bandar kedua, Bellagio.
Tambang feri dari Veranna ke Bellagio Euro5.50 seorang. Perjalanan sekitar 15-20 minit.
Bellagio merupakan bandar yang jadi tumpuan ramai bila melawat Lake Como. Ia digelar sebagai ‘Pearl of the Lake’. Mutiara Tasik Como.
Kalau kita tengok peta Lake Como, tasik akan terpecah tiga. Satu dipanggil Upper Branch, satu lagi Como dan ketiga dipanggil Lecco Branch.
Bellagio adalah tempat ketiga-tiga tasik tersebut bertemu. Lokasi pertemuan tiga tasik ni nama Punta Spartivento. Kalau kita tiba Bellagio mesti tuju cari Punta Spartivento.



Feri dari Varenna ke Bellagio


Foto kat Bellagio


- - -


Sekitar Punta Spartivento





Masih sekitar Punta Spartivento

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home