qilla

Monday, September 08, 2008

Danga Bay City Mall


Metrojaya - Danga




Sebuah lagi tempat tarikan untuk membeli-belah dibuka di JB - Danga Bay City Mall. Dulunya kompleks ni bernama Best World. Pernah dibuka untuk beberapa tahun tetapi akhirnya ditutup ekoran krisis ekonomi 1997. Kini di ambil alih oleh pemaju Danga Bay dan beroperasi semula setelah perasmian menjelang Ramadan baru-baru ini.



Ruang lobby Danga Bay City Mall


Metrojaya


Gedung besar yang membuka perniagaan di situ ialah Metrojaya (dulunya semasa Best World mereka juga yang menjadi anchor). Buat masa ini belum banyak ruang niaga yang beroperasi. Ramai yang belum yakin dengan suasana pasaran. Takut-takut krisis lalu berulang lagi.



Bahagian permainan kanak-kanak di Metrojaya



Menarik susunan di rak permainan


Ruang niaga banyak yang masih kosong.




Sebuah pasaraya berniaga di aras bawah. Namanya agak pelik dan baru pertama kali ditemui nama tu - SongMart




Deretan barangan di SongMart




Kaunter bayaran SongMart



Sebuah kedai Kopitiam yang telah beroperasi




Medan peniaga makanan bakal dibuka.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home