qilla

Friday, February 04, 2011

Bas dari City ke Lok Ma Chau

Dari Hong Kong amat mudah untuk menuju ke Shenzhen. Jika menaiki bas menghala ke Shenzhen kita akan dibawa ke Lok Ma Chau (pekan sempadan HK-Shenzhen). Perjalanan memakan masa 50 minit. Bagi yang menaiki MRT gunakan laluan East Rail Line dan Lok Ma Chau merupakan hentian terakhir (setelah sambung perjalanan dengan Lok Ma Chau Spur Line). Perjalanan memakan masa 45 minit dan tambangnya HKD34. Untuk memasuki Shenzhen warga Malaysia perlu mendapat visa terlebih dahulu dari Kedutaan China di KL. Tanpa visa tersebut pelawat tidak dapat memasuki China/Shenzhen.



Sebuah bas pelancungan ke Lok Ma Chau

- - - - -



Peta lokasi Lok Ma Chau

Laluan Lok Ma Chau dibangun dengan kos yang mahal HKD10 billion. Kos meningkat kerana pelan asal diubah dengan membina terowong bawah tanah (asalnya tanpa terowong). Ia diubah kerana desakan dan protes dari para environmentalis.

Baca: laporan pembinaan Lok Ma Chau - hk highway dept dan kronologi perancangan, protes dan projek pembinaan Lok Ma Chau - transport policy issue

Baca: kecekapan e-imigresen yang mempersoal jsutifikasi membina Lok Ma Chau di sini - sustainable living hk, dan laporan EIA projek Lok Ma Chau (klik LMC Spur Line).

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home