qilla

Sunday, August 26, 2007

Timotel Mersing

Cuti kali ni bermalam kat Timotel pulak. Senang saja nak cari tempat ni. Seberang sungai menghala ke Endau tu. Duduk kat bilik famili RM180 satu malam. Bilik besar jugalah, ada dua katil besar, cukuplah tu untuk satu famili. Nak makan pun senang. Ada cafe disitu. Semua ada nasi goreng, mee goreng dan macam-macamlah. Harga pun berpatutan dalam RM4 setiap order.


Hotel ni agak baru jadi settingnya masih okay sangat.
Fasiliti pun boleh tahan, boleh masak air, cuma siaran TV kurang cantik.



Bilik mandi pun okay. Aksesori lengkap.

Ready to order? Tak payah order turun makan kat cafe bawah. Lagi murah!

Kedai MARA


Dulu kat tempat ni ada kedai MARA. Sekarang semua dah roboh nak buat baru. Bila dah siap nanti tentu cantik ni.. tepi sungai pulak tu.
Foto gelap sikit sebab hari nak hujan!

Wednesday, August 15, 2007

Kg Tenglu Laut


Kampong Tenglu Laut terletak di kawasan tempat orang ramai berkunjung di tepi laut berhampiran Mersing. Cuba cari makna Tenglu tapi perkataan ni tak tersenarai pula kat Kamus Dewan. Suasana di Kg Tenglu laut memang desa namun ada beberapa resort percutian yang telah dibangunkan. Selain Teratak Buana ada sebuah lagi resort berhampirannya iaitu Suara's Chalet.

Papan tanda Suara's Chalet



Blok dormitori di Suara's Chalet

Menurut penduduk tempatan kadar sewa Suara's Chalet dalam lingkungan Rm 30-60. Macam murah saja tetapi keadaan chalet yang ada nampak macam tidak menggamit!

Rumah penginapan di Suara's Chalet

Sebuah penginapan lagi di Suara's



Sesekali datang ke tempat macam ini memanglah merasai satu kelainan.



Sebuah jalan kampung

Masih di peringkat projek menaik taraf

Sebuah kedai kampung


Deretan gerai niaga tetapi kosong




Pemandangan berhampiran pantai

Kumpul Mug

Kat rumah banyak mug tapi tak tau nak simpan kat mana. Sekejap bubuh kat rak, lepas tu pindah bawah meja, masuk rak dapor dan entah ke mana pulak lepas ni..



Baris depan dari kiri: mug santorini; mug melbourne; mug promotion/hadiah beli kopi dan mug muzium atm

Baris depan dari kiri: Mug itb bandung; mug dunkin donut, mug promotion/hadiah beli kopi; mug hadiah (tak ingat dari mana!)

Monday, August 13, 2007

Skudai Parade


Skudai Parade - sebuah komplek membeli belah di Skudai. Suasananya tidak begitu menarik, ruang dalamnya agak sempit. Jadi bila ramai orang datang pada hujung minggu
keadaannya sungguh kelam kabut.


Minum! minum!


Semasa berkunjung ke satu majlis perkahwinan di Taman Bahgia baru-baru ini ada satu kelainan yang menarik. Tuan rumah menyediakan bermacam-macam minuman seperti jualan di pasar malam. Tetamu yang datang boleh pilih apa saja minuman menurut selera. Ada air kathira, cikong, asam boi dan banyak lagi. Tentulah semua tu percuma!


Taman Senai


Semasa ke majlis kahwin di Senai baru ni sempatlah main-main kat taman permainan ni. Kat sebelahnya satu projek perumahan sedang dalam pembinaan. Sebab itulah di tutup dengan pagar biru.


Sunday, August 05, 2007

Berbasikal Taman Merdeka

 

Riadah berbasikal Taman Merdeka.



- - - - -