Tuesday, April 16, 2024
Thursday, April 11, 2024
Makan Malam Restoran Padi House
Untuk makan malam tidak susah kerana The Farmhouse berdekatan dengan pusat bandar Greentown. Banyak kedai makan ada sana. Restoran Nasi Vangey pun ada. Kedai yang dituju adalah Restoran Padi House. Jenama yang ada sebuah kedai di Putrajaya. Pekerja mereka rata-rata dari Bangladesh. Barangkali mungkin juga termasuk chef atau pekerja dapur mereka.
Penginapan The Farmhouse Ipoh
Selesai beraya terus menuju ke penginapan di The Farmhouse. Sebuah penginapan yang nampak sangat private. Entrance masuk dikawal oleh pengawal dengan pagar elektronik. Kawasan parkir pun sangat elok terjaga. Cuma tetamu berdaftar saja yang boleh masuk. Bilik pun cuma ada lima belas buah. Parkir disediakan untuk semua tetamu berdaftar.
Ketika mendaftar masuk disambut petugas yang rasanya keluarga pemilik penginapan. Dia pernah belajar di Canberra Australia dalam bidang kejuruteraan.