Friday, March 31, 2023
Wednesday, March 29, 2023
Tuesday, March 28, 2023
Memulang Buku
Memulang buku pinjaman Ratu. Tidak meminjam yang baru untuk kali ini. Satunya kerana bulan Ramadan dan keduanya kerana kesulitan memulang menjelang hujung Ramadan nanti.
Cuba mengguna parking lot depan librari. Tetapi datang pengawal bertanya kenapa parking di kawasan persendirian milik sebuah kelab golf. Menjadi satu pengajaran.
Rak buku sejarah
- - - - -
Sunday, March 26, 2023
Selesai Dua Buku Ahmat Adam
Minggu pertama Ramadan 1444H dapat menghabis baca dua buku tulisan Ahmat Adam. Banyak dibincang mengenai buku Salalatus Salatin. Buku Salalatus Salatin juga dikenali nama Sejarah Melayu telah wujud dalam berpuluh versi dan tersimpan di merata lokasi. Ahmat Adam banyak mengkaji dan menulis semula buku Salalatu Salatin dengan penekanan kepada ejaan jawi bahasa Kawi. Satu contoh ejaan Kawi tersebut mengeja nama Hang Tuah sebagai Hang Tuha. Tuha bermaksud tua. Ejaan yang sama juga boleh dibaca sebagai Toh yang bermakna taruhan.
Dua buku Ahmat Adam
- - - - -