qilla

Sunday, October 25, 2009

Cashew Nuts Rantau Panjang



Cashew Nuts

Bazar Rantau Panjang banyak menjual barangan makanan produk Siam. Antaranya adalah kacang cashew nuts yang dijual dengan harga Rm12-Rm15 setiap paket.



Sebahagian Bazar Rantau Panjang

- - - - -

Sunday, October 18, 2009

White Chinese Tea

Teh Cina sedap diminum kalau betul cara membuatnya. White Chinese Tea ini diberi sebagai hadiah oleh seorang kawan dari Hong Kong.

     

White Chinese Tea

Saturday, October 17, 2009

Berhari Raya Bersama Pelajar Sghu 2009/2010


Hari ini sekumpulan pelajar Sghu datang beraya ke rumah. Mereka bakal graduat menjelang Jun 2010.






Thursday, October 08, 2009

Dunkin M'sia 21 Tahun




Kotak Ulang Tahun

Dunkin Donut di M'sia menyambut ulang-tahun ke-21. Bermakna mereka telah memulakan perniagaan di negara ini pada tahun 1988. Mereka masuk ke M'sia agak lewat berbanding jenama globalisasi lain seperti A&W, McD dan KFC.

- - - - -

Saturday, October 03, 2009

Keropok Losong





Kedai Keropok Pak Su, Losong

Satu lagi produk pelancungan Trengganu selain Taman Tamadun Islam ialah keropok lekor. Perusahaan keropok lekor Trengganu mampu menjana ekonomi penduduk setempat disamping menjadi sumber tarikan kepada pelancung yang datang melawat. Keropok lekor Losong adalah jenama yang sudah terkenal. Lokasi Losong betul-betul di bandar Kuala Trengganu menambah lagi kemasyuran keropok lekor Losong.



Keropok keping jenama Mutiara jualan Losong

Friday, October 02, 2009

Mug Taman Tamadun Islam

Berkunjung ke mana-mana tempat tarikan pelancung pasti ada memento yang boleh dibawa pulang. Tetapi bukan percuma kena belilah dari pusat jualan mereka. Ada yang murah ada juga yang mahal. Pilih mana yang mampu.





Mug TTI

Waktu mengunjungi Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man T'ganu beli dua mug sebagai kenangan.




Mug TTI (Porselin)

- - - - -

Thursday, October 01, 2009

Marry Brown - Hot Touch




Kotak Mb Hot Touch

Suatu ketika dulu pernah beli burger Marry Brown nama menu mereka HotTouch.  Tetapi mereka eja sebagai Hotouch. Kenapa begitu? Mungkin untuk lebih glamour.




Burger Hotouch

- - - - -