qilla

Friday, September 19, 2008

Dunkin Ramadan 08


Pengusaha dunkin donut saban tahun apabila menjelang Ramadhan memperkenal kotak baru untuk promosi jualan mereka.

Kotak tahun 2008


Menu donat ini turut menjadi pilihan bagi kanak-kanak bila nak berbuka. Sebagai galakan dan dorongan kerana berpuasa kita belikan juga.





Sajian donut untuk berbuka

Tengok macam mana rupa kotak pada tahun lepas .. 2007

Monday, September 08, 2008

Danga Bay City Mall


Metrojaya - Danga




Sebuah lagi tempat tarikan untuk membeli-belah dibuka di JB - Danga Bay City Mall. Dulunya kompleks ni bernama Best World. Pernah dibuka untuk beberapa tahun tetapi akhirnya ditutup ekoran krisis ekonomi 1997. Kini di ambil alih oleh pemaju Danga Bay dan beroperasi semula setelah perasmian menjelang Ramadan baru-baru ini.



Ruang lobby Danga Bay City Mall


Metrojaya


Gedung besar yang membuka perniagaan di situ ialah Metrojaya (dulunya semasa Best World mereka juga yang menjadi anchor). Buat masa ini belum banyak ruang niaga yang beroperasi. Ramai yang belum yakin dengan suasana pasaran. Takut-takut krisis lalu berulang lagi.



Bahagian permainan kanak-kanak di Metrojaya



Menarik susunan di rak permainan


Ruang niaga banyak yang masih kosong.




Sebuah pasaraya berniaga di aras bawah. Namanya agak pelik dan baru pertama kali ditemui nama tu - SongMart




Deretan barangan di SongMart




Kaunter bayaran SongMart



Sebuah kedai Kopitiam yang telah beroperasi




Medan peniaga makanan bakal dibuka.


Thursday, September 04, 2008

Lavender Cafe

Menikmati hidangan segera di cafe kini menjadi satu tarikan kepada pengunjung yang datang mengunjungi kompleks besar seperti Jusco. Salah satu perniagaan cafe yang mula berkembang ialah Lavender Cafe. Ia mengamal konsep dapur terbuka di mana apa yang disediakan di dapurnya dapat diperhatikan oleh para pengunjung. Salah satu daya tarikannya ialah susunan di dapur yang kemas dan bersih.

Ruang penyediaan minuman di Lavender


Menu minumannya ada berbagai dan kopi dengan berbagai varieti pastinya menjadi tarikan di situ. Baca apa yang dihidangkan di Lavender melalui sebuah entri di sini.



Kopi lavender (Rm8-90)

Bubur lambuk



Apabila Ramadan tiba maka sekali lagi bubur lambuk menjadi sebutan. Masjid di merata tempat mengadakan peruntukan untuk memasak bubur lambuk untuk di agih kepada orang ramai. Paling mendapat publisiti ialah Masjid Jamek Kg Baru KL yang telah sekian lama menyediakan juadah bubur lambuk. Peminatnya ramai dan mereka sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya.


Di JB peminat bubur lambuk turut mencari juadah istimewa ini. Salah sebuah masjid yang menyediakan ialah Masjid Jamek UDA. Ia diagihkan selepas solat asar dengan pek plastik yang menarik. Ramai juga ahli jemaah datang beratur setiap kali tiba waktu pengagihan.

Bumbur lambuk Masjid UDA

Wednesday, September 03, 2008

Majlis Kahwin Di Padang Krt


Padang dan khemah

Satu majlis kenduri kahwin telah berlangsung agak unik. Keunikan tersebut kerana ia diadakan di kawasan padang yang terbuka. Pihak tuan rumah pada mulanya tentu merancang membuatnya di dewan. Namun masa tu cuti sekolah maka dewan pun semua dah dipenuhi tempahan lain. Maka sebagai alternatif buatlah di padang tersebut. Sebenarnya bagus juga dibuat di tempat macam tu kerana tidak mengganggu ruang (menutup jalan untuk khemah dsb), kemudahan air dan api pun telah tersedia di balai berhampiran. Selain tu tempat parkir kereta pun agak banyak.

Khemah telah siap terhias


Tarikan istimewa tentulah pelamin pengantin




Hadiah Sek Agama


Hadiah disampaikan oleh Ketua Penolong Paengarah Pendidikan JAIJ




Baru-baru ini Sek Agama UDA mengadakan majlis anugerah cemerlang. Para penerima hadiah ialah mereka yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam kelas masing-masing. Pada tahun ini pihak sekolah menghadiahkan buku dan sijil kepada setiap penerima. Sebelum ini hadiah yang diberikan ialah kain untuk pelajar perempuan. Tak ingat pulak untuk pelajar lelaki apa hadiahnya (kerana anak yang dapat hadiah perempuan) ..



Para penerima hadiah untuk kategori Peperiksaan Darjah Khas memakai gaun yang agak istimewa. Macam majlis konvokesyen pulak!


Tuesday, September 02, 2008

Beg hari keluarga

Sambutan hari keluarga saj pada tahun ini di adakan di stadium larkin. Oleh kerana bertembung dengan cuti sekolah maka sambutan daripada warga kerja tak begitu menggalakkan. Banyak kenduri kahwin yang kena dihadiri dan juga musim hujan. Jadinya banyak hadiah yang tak habis diagihkan. Jamuan makan pun banyak yang berbaki...

Beg hadiah untuk setiap peserta yang mendaftar. Begnya cantik, tentu harganya pun boleh tahan ...

Kek dan Mug


Pada tahun ni sempat juga Haziq menyambut hari lahir beberapa hari sebelum Ramadan tiba. Dapat jugalah belikan sebiji kek untuk menceriakan. Esoknya balik dari sekolah dia dapat hadiah sebiji mug diberi seorang rakan sekelas.


Mug pemberian Meer