Sunday, June 13, 2010
Thursday, June 10, 2010
Bilik Mandi Burmese Pool
Bilik Mandi Awam di Burmese Pool
Pihak MBT turut menyediakan kemudahan bilik mandi dan tandas awam kepada pengunjung Burmese Pool. Kemudahan tersebut amat selesa dan dijaga sempurna oleh pengendalinya. Setiap pengunjung dikenakan sedikit bayaran untuk menggunakan bilik mandi dan tandas tersebut.
Ruang niaga runcit dan tandas awam
- - - - -
Burmese Pool Taiping
Burmese Pool Taiping
Burmese Pool merupakan sebuah kawasan air terjun tempat mandi awam. Ruang parkir bagi pengunjung yang datang berkereta disediakan dengan bayaran Rm2 per entri.
Ruang parkir berhampiran Burmese Pool
- - - - -
Nota: Burmese Pool terletak di kaki Bukit Larut yang dikenali juga sebagai Maxwell Hill. Nama tersebut di ambil dari Sir William Edward Maxwell. Beliaumerupakan Pemangku Residen Perak (Acting Resident of Perak) dan kemudiannya memegang jawatan Colonial Secretary dan Acting Governor of the Straits Settlements. Beliau berada diPerak pada penghunjung 1880-an.
- - - - -
Penjara Taiping
Penjara Taiping
Kompleks Penjara Taiping merupakan penjara yang tertua di Malaysia. Ia di bina pada tahun 1879 (klik sumber - taipingkakis). Penjara Taiping di dirikan oleh Residen Hugh Low dan Captain Speedy khusus untuk para tahanan puak Ghee Hin dan Haisan yang berkelahi waktu itu. Ia juga digunakan untuk memenjara para pembesar Perak yang menentang British ekoran pembunuhan Birch (baca - prison). Baca juga bukitlarut.
Menara utama Penjara Taiping
- - - - -
Labels: taipingkakis)
Friday, June 04, 2010
Food Court - KL Sentral
Di KL Sentral terdapat sebuah Food Court mengandungi beberapa kiosk menjual berbagai menu. Food Court tersebut terletak di Aras 3. Harga makanan di situ lebih murah berbanding restoran di aras bawah. Nasi goreng boleh didapati dengan harga Rm5 berbandingan Rm7-90 di Aras1.
Food Court KL Sentral
- - - - -