Monday, September 30, 2019
Indian Handicrafts Emporium Delhi
Menyinggah juga sebentar di India Handicrafts Emporium. Tempat ini bukanlah permintaan ahli rombongan. Namun bagi pemandu pelancung tempat-tempat begini termasuk dalam itinerari mereka ketika membawa pelancung dari luar India. Pada ketika kami sampai premis ini kosong saja. Mungkin hari pun sudah petang dan pelawat sudah pun datang lebih awal.
Sebuah replika yang di letak di satu sudut IHE
- - - - -
Qutub Minar Delhi
Satu lagi tarikan pelawat ke Delhi adalah kompleks Qutub Minar. Ia merupakan tinggalan sejarah yang dibina pada kurun ke duabelas sebagai memperingati kejayaan pemerintah Islam menjatuhkan kerajaan Hindu India. Sesampainya ke lokasi amat ramai pelawat yang beratur untuk membeli tiket. Memandangkan kesuntukan masa kami mengambil keputusan untuk tidak melawat masuk ke Qutb Minar.
Pelawat beratur untuk membeli tiket masuk
Qutub Minar dari kejauhan
- - - - -
Ruang Dalam Masjid Jama
Memasuki Masjid Jama Delhi adalah satu pengalaman. Sebelum dapat masuk ada berbagai cerita yang biasa pelawat tulis dalam catatan blog mereka. Antaranya kasut kena buka. Yang ini biasa tetapi ada petugas yang akan menawarkan khidmat jaga kasut. Tapi khidmatnya bukanlah percuma. Pada hal kalau diletakkan saja di pintu luar masjid pun sudah memadai. Selain itu pelawat yang membawa kamera dikena bayaran Rupee 300.
- - - - -
Jama Mosque Delhi
Salah satu tarikan pelawat ke Delhi adalah mengunjungi Jama Mosque. Masjid ini merupakan masjid terbesar yang boleh menampung 25,000 jemaah. Ruang solatnya adalah terbuka tanpa bumbung. Yang berbumbung cuma beberapa saf depan dan termasuk ruang imam.
Tangga menaiki masjid dari Gate 2
Ruang solat terbuka
Baca beberapa link berikut untuk info:
read tripsavvy; read dalyo; read repaieunfinished; read asufijourney
- - - - -
Menaiki Beca ke Masjid Jama
Dari hotel lokasi pertama di tuju adalah Masjid Jama Delhi. Sesampai berdekatan masjid pemandu menghenti kenderaan di kawasan parkir yang disediakan. Dari situ pelawat boleh mencari beca yang dikayuh untuk sampai ke luar masjid. Sepanjang perjalanan dapat dilihat bagaimana kotornya suasana persekitaran luar Masjid Jama. Amat malang kerana tiada perkhidmatan pembersihan dan tiada pula usaha menjaga kebersihan yang kelihatan.
Van di letak di kawasan parkir
Menaiki beca untuk sampai ke Masjid Jama
Keadaan jalan dan kotornya sekitar luar masjid
Beca kayuh
Bersama pengayuh beca
- - - - -
Sunday, September 29, 2019
Restoran Karim's Food Delhi
Sesampai semula ke Delhi hari pun sudah malam dan gelap. Sebelum mencari penginapan pemandu membawa ahli rombongan untuk makan. Lokasi yang di tuju adalah Karim's Food. Alamat penuh kedai adalah No 17, Pusa Road, Opposite City Hospital, Block 8, WEA, Karol Bagh, Delhi.
Buku Menu
Menu hidangan Karim's Food
- - - - -