qilla

Saturday, September 30, 2023

IconSiam BKK


IconSiam merupakan sebuah mall ternama di BKK. Sesuailah dengan icon yang diletak pada namanya. Pelawat yang datang ke Bkk pasti tidak melepas peluang berkunjung ke IconSiam. Mall ini mula dibuka pada November 2018.

Petikan (intro bkk- link):

Inaugurated in November 2018, IconSiam has become one of Bangkok's most popular tourist destinations. It's built in Thonburi, one of the "quieter" areas of the capital, and occupies a space of 750,000 square metres.

IconSiam pada waktu malam


Sentiasa ramai pengunjung

Antara jualan yang ada ... 

... kebanyakkannya produk tempatan Siam

- - - - -

Jeti Bot Ke IconSiam


Pada senja bergerak menuju ke IconSiam. Pergi menaiki bot dari sebuah jeti berhampiran. Tambang 6 Baht setiap seorang dewasa. Warga emas pula dapat diskaun separuh harga 3 Baht. Perjalanan amat singkat secara khidmat shuttle.


Signage khidmat bot

Pelantar jeti yang berdeko cantik

Bot ke IconSiam

- - - - -

Lahore Halal Restaurant BKK


Sesudah selesai di Kino perut pun terasa lapar maka mencari restoran halal untuk makan tengah hari. Ada sebuah yang berdekatan iaitu Restoran Lahore. Restauran bersih dan tidak ramai pengunjung. Maka suasana sangat tenang.


Restauran Lahore

Menu

- - - - -

Stesen MRT Siam


Untuk tiba dan pulang dari Siam Paragon Mall cara paling mudah naik tren MRT. Stesen berdekatan adalah Siam Selain Siam Paragon ada beberapa mall lain yang berhampiran. Salah satu mall lain yang ada adalah Siam Square One.


Stesen MRT Siam

Siam Square One Mall

- - - - -

Kinokuniya Siam Paragon


Kali pertama berkunjung ke kedai buku Kinokuniya di luar KL. Di Bangkok ada dua buah kedai Kino. Kino yang sempat dikunjungi adalah di Siam Paragon. Terletak di sokasi yang sangat sibuk Ada beberapa kompleks nelibelah di tempat sama. Maka trafik di kawasan ini memang sangat mencabar dan sesak. Keluasan kedai kino agak kecil manakala rak buku memang banyak. Maka keadaan kedai sempit. Apa lagi kalau ramai penginjung datang.

Kinokuniya, Siam Paragon Mall





Rak buku-buku English

- - - - -

Friday, September 29, 2023

Asiatique - Medan Selera Halal


Bagi pengunjung Muslim yang datang ke Asiatique boleh mencari makanan halal di satu medan selera khas. Lokasinya di sebuah bangunan bernama Warehouse 7. Ada banyak gerai yang menjual menu halal termasuk menu Jepun dan Korea.

Bangunan Warehouse 7, Asiatique

Antara gerai halal di Warehouse 7


Kedai Cha Tra Mue - produk teh thailand

info - link

- - - - -

Asiatique

 

Dari jeti menuju Asiatique berjalan kaki sekitar kurang sepuluh minit. Pemandangan Asiatique pada malam hari penuh lampu yang berwarna-warni. Dari jauh sudah jelas kelihatan ferris wheel besar mengiklan jenama Chang.

Asiatique berwarna-warni


Ferris Wheel Chang

- - - - -

Menaiki Bot Ke Asiatique


Untuk ke Asiatique jadual perjalanan bot adalah dengan kekerapan setiap 20 minit.  Tambang perjalanan cuma 6 Baht setiap seorang dewasa. Perjalanan mengambil masa sekitar dua puluh minit.

Suasana dalam bot (perjalanan ketika malam hari)



Pakai baju hujan kerana hujan renyai

Seorang petugas bot

- - - - -

Jeti Bot Ke Asiatique


Pada sebelah petang selepas berehat sekejap di bilik penginapan keluar pula melihat tempat tarikan sekitar hotel. Rancangannya nak menuju Wat Arun namun hari semacam mahu hujan. Maka tukar plan dan ambil keputusan untuk menuju Asiatique. Untuk ke situ ada beberapa pilihan terus naik teksi atau boleh juga ambil bot. Maka sebagai alternatif mencuba pergi naik bot dari sebuah jeti berdekatan.

Bangunan jeti bot

Suasana di jeti bot

Pelantar menaiki bot

- - - - -

Penginapan Hotel Nares Bangkok


Setelah solat dan makan tengahari sewa grab lagi untuk menuju hotel penginapan. Lokasinya Hotel Nares. Bilik hotel sangat bersih. Walau fasilitinya nampak biasa tetapi dekonya sangat cantik dan moden.

Address: 213 Phuttha Osot Alley, Si Phraya, Bang Rak, Bangkok. Cumanya stesen mrt agak jauh sekitar 20 minit berjalan kaki dari stesen terdekat - Chong Nongsi. [Berdepan bangunan Mahanakhon King Power].

Premis Hotel Nares

Bilik di tingkat lima






Baca google review hotel nares di sini (link).

- - - - -



Masjid Berhampiran DMK - Saphan Mai Mosque


Setiba di DMK dan selesai urusan memulang kereta sewa terus menuju sebuah masjid berhampiran untuk solat. Panjang nama masjid ini - Masjid Tartkeeyatulaehsaan. Semasa menuju masjid kami sewa grab car. Pemandunya wanita dan beliau pun seakan tersesat tidak jumpa jalan masuk. Terpaksa dia menalipon seseorang minta bantuan. Akhirnya sampai juga setelah berpusing2 melalui hala laluan berbeza dari yang ditunjuk waze.

Ada yang menama sebagai Saphan Mai Mosque (fb - link).

Masjid lain di Bkk baca sini - link.

Jambatan kecil menuju masjid



Ruamg solat masjid

Penunjuk waktu solat (bulan sept-okt)

kampung tepi sungai berhampiran masjid

- - - - -

Nama masjid dari foto fb mereka

Sebuah info travel dmk ke bangladesh (oleh jemaah tablighi kot - link).

- - - - -

Thursday, September 28, 2023

Khao Yai Mango House Farm


Selain jagung ada satu lagi produk pertanian terkenal Khao Yai iatu mango. Selepas check out dari hotel terus menuju ka sebuah ladang mango. Ladan KhaoYai Mango Farm terletak agak kedalam jauh dari jalan besar utama. Namun jalan masuknya elok dan terjaga. Sesampai KYMHF kedainya sudah sedia dipenuhi stok mango. 





KYMHF

- - - - - 

The Chocolate Factory - Khao Yai


Selepas selesai makan bergerak pula ke sebuah lagi lokasi - The Chocolate Factory.




Cokelat berbentuk rekaan beg tangan dan kasut

- - - - -