qilla

Monday, April 28, 2008

Majlis Dewan SMKBU

Dewan SMKBU telah diguna buat pertama kali untuk satu majlis bersama ibu-bapa. Pihak sekolah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2007. Warga sekolah dan ibu-bapa tentu rasa bangga dapat membina dewan dengan pembiayaan sumbangan derma dan yuran kutipan.



Majlis di Dewan SMKBU

Satu perkara yang dikesalkan di majlis tersebut ialah ucapan tetamu undangan yang terlalu panjang. Hal tersebut membuatkan hilang minat dan tumpuan tetamu yang datang. Begitulah jadinya kalau orang politik diberi ruang bercakap...

Bakeri Pasar Tani


Perniagaan di Pasar Tani cuma seminggu sekali. Produk yang dijual ada berbagai. Bukan ikan dan sayur sahaja tetapi termasuklah bakeri yang dihasilkan oleh pengusaha tempatan.

Wednesday, April 23, 2008

Rumah Tamu


Suatu masa lalu pernah menginap di rumah tamu maktab. Rumah ini sebenarnya sebuah unit quarters guru maktab tsb. Memandang is kosong tanpa penghuni maka pihak maktab menyewakan kepada tetamu yang datang. Kadar bayarannya amat murah cuma Rm50 sehari. Ada 3 bilik tidur. Siap dengan kemudahan dapur.

Ruang tamu




Bilik tidur utama



Ruang Dapur
 

Fridge masih baru balutan plastik masih ada lagi...


- - - - -

Saturday, April 19, 2008

Robo Cina

Toys Robo ini buatan Cina. Pasarannya di merata pelosok dunia. Begitulah kuasa globalisasi perniagaan. Robo ini dijual di Tallinn Estonia dengan harga 159 Kroon (lebih kurang Rm53).


Souvenir Tallinn
- - - - -

Thursday, April 17, 2008

Breakfast CP



Sekali-sekala merasa juga minum kat tempat yang jarang-jarang sampai. Kali ini minum kat CP Jalan Tun Razak KL. Itu pun guna voucher yang depa bagi. Kalau tidak memang tak pergi pun..



Suasana dalam cafe




Antara menu yang ada meehun goreng. Ini biasalah kat mana-mana pun ada. Suatu yang menariknya ada telur setengah masak dibubuh dalam tomato.


Tapi yang sedapnya makan roti bakar saja..

Talipon I-Talk



Sesuatu yang berinovasi. Sebuah telco menyediakan kemudahan telefon awam ... i-talk. Nampak menarik sekali !

Burger King

Bisnes fast food di M'sia didominan oleh jenama McD dan KFC. Outlet mereka dapat dilihat di merata tempat termasuk di stesen petrol. Selain dua jenama tadi menuruti mereka ialah Burger King yang kelihatan mula berkembang.



Sajian Burger King


Extra Saver di BK


Berbagai menu burger


Paket sos cili dan tomato Burger King



Kopi di Burger King


Toys pun ada tapi kena bayar dulu!

...

Hadiah Castrol

Beli minyak enjin Castrol dapat hadiah beg kotak ..


Besarnya boleh tahan juga. Kat rumah banyak buku dan magazine yang berselerak. Letak aje semuanya dalam beg kotak ni ..




Test Kamera

Bila nak beli kamera mestilah kita test dulu .. petik sana petik sini. Nak tengok elok ke tak resolution kamera.

Kat kedai Mee Too

Bila balik rumah ambil gambar meja!



Friday, April 11, 2008

SKBU 2


SKBU2 merupakan salah sebuah sekolah cemerlang di daerah JB. Setiap tahun ramai muridnya memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR. Di sekolah tersebut sebuah blok baru sedang dalam peringkat pembinaan. Projek dijangka siap menjelang akhir tahun 2008.

Progres pada Disember 2007.

Monday, April 07, 2008

Tandas Awam


Apa hal pulak nak tulis pasal tandas awam. Di Jalan Bulit Bintang KL ada sebuah tandas awam yang special. Apa yang specialnya! Pertamanya tandas tersebut telah dilancarkan penggunaannya secara rasmi oleh seorang tokoh politik tak lain tak bukan TPM.

Tandas awam canggih DBKL

Nak masuk memanglah kena bayar. Tapi tandas eksklusif ni guna sistem coin-operated!

Bas UPM


Waktu melawat KL terjumpa bas UPM ni parking kat Plaza Yow Chuan. Bas tersebut menghantar petugas untuk Sukan Paralimpik Asia yang diadakan di Hotel Crown Princess.

Haagen-Dazs

Bagi penggemar aiskrim tentu kenal jenama Haagen-Dazs. Belum pernah masuk pun tempat ni. Cuma tumpang ambil foto aje. Harga aiskrimnya pun tentu mahal ...

Kedai kat KLCC

Kereta Ferrari


Nak membeli kereta Ferrari memang tak mampu. Dapat kereta model Ferrari pun dah memadai. Syarikat minyak Shell sedang mengada promosi. Beli petrol Rm40 boleh beli model Ferrari dengan harga Rm8-90.

Sunday, April 06, 2008

Taiping... angin perubahan


Angin perubahan. ..! Bunyi macam berita PRU .. Memanglah kerusi parlimen Taiping dah berubah parti. Tapi perubahan yang nak cerita ni pasal apa yang dah berubah kat Taiping. Satunya dah ada sebuah klinik pesakit luar untuk penduduk mendapat rawatan.




Satu lagi Bazar MARA baru sedang dalam pembinaan..



Ini gambar Disember '07 . Sekarang tentu dah nak siap ...

Thursday, April 03, 2008

Jalan-jalan Penyabung


Penyabung adalah nama sebuah tempat di tepi laut yang menjadi tumpuan pengunjung untuk berehat di hujung minggu. Jauhnya adalah kira-kira 30minit kalau memandu kereta dari bandar Mersing menghala ke Endau.


Endau Beach Resort



Salah satu tempat penginapan yang menarik di Penyabung ialah Endau Beach Resort. Kadarnya mungkin agak mahal dalam Rm160 semalam memandangkan lokasinya yang agak jauh dari bandar. Namun itulah harganya kalau hendak bermalam di situ. Itu cuma harga penginapan tidak termasuk makanan.



Ruang reception dan kafe

Kalau nak makan kat luar banyak kedai dan warung makanan terdapat tak jauh dari EBR. Berjalan kaki cuma dalam 5-10 minit. Nasi lemak untuk makanan sarapan boleh dapat dengan harga Rm1. Amat klasik kerana siap bungkus dengan daun ...



Nasi lemak bungkus daun