qilla

Saturday, July 19, 2008

UCC Coffee Taste 113

 

Salah satu jenama yang dibeli secara regular. UCC bakal menyambut ulang tahun ke-80 menjelang tahun 2013.

Petikan [ucc europe - link]:

The UCC story began in 1933 when an ambitious young man established a western food store in Kobe, Japan. Ueshima Tadao's passion for all things Western soon led him to discover coffee and such was his passion for this rich, aromatic 'mysterious beverage' that he dedicated his life to making coffee popular across Japan.


Taste No 113 - Soft Type

- - - - -

Monday, July 14, 2008

Mug Dayafasih


Baru-baru ni dapat mug dari sebuah syarikat yang menjalankan bisnes latihan dan konsultansi untuk sumber manusia. Maka bertambah lagi koleksi mug kat rumah. Boleh guna mug tu untuk bawa bekal minum kopi. Maklumlah zaman minyak mahal ni kita dinasihat jimat belanja dan ubah gaya hidup. Kurangkan minum kat warung ...



Mug Dayafasih


Syarikat Dayafasih beribupejabat di Ampang dan turut berurusniaga dengan berbagai syarikat termasuk SAJ.

Saturday, July 12, 2008

Pekan Ckt Jering


Deretan kedai baru di Changkat Jering


Changkat Jering adalah sebuah pekan kecil di utara Perak berhampiran Taiping. Bagi pengguna lebuhraya Plus pastinya akan melalui lorong keluar Ckt Jering untuk meneruskan perjalanan ke Taiping, Bagan Serai dan sekitarnya. Kini pekan ini agak membangun dengan pembinaan deretan rumah kedai yang baru. Namun tidak banyak peniaga kaum Melayu yang membuka perniagaan di situ. Setakat ini cuma ada beberapa peniaga Melayu membuka restoran, kedai jamu, kedai buku, klinik dan kafe siber.


Sebuah pasaraya besar di Changkat Jering


Satu masa dulu, sebelum deretan kedai baru di bina ada sebuah kedai milik india muslim yang berniaga di Changkat Jering. Kedai itu dikenali namaya sebagai Kedai Kader dan amat maju perniagaannya. Apabila projek komplek perniagaan ini dibina tapak kedai peniaga india muslim (kedai Kader) itu dirobohkan dan terpaksalah ia berpindah ke tempat lain. Kedai baru itu tidak lagi menggunakan nama lama KSM Abdul Kader tetapi nama baru yang amat panjang!

Proses menjemur asam keping

Kampung di sekitar Ckt Jering banyak pokok asam gelugor. Oleh itu para pengusaha kecilan asam keping boleh dilihat di merata tempat lapang di sekitar Changkat Jering.