qilla

Friday, July 30, 2010

Kenduri Pontian


Alhamdulillah dapat hadir majlis kenduri di Api-Api, Pontian. Yang menjemput adalah jiran yang tinggal di PM4.  Kini beliau mendiami lot tanah kebun beliau.




Kini beliau telah arwah .. begitu juga dua lagi yang sebelah kiri. Al Fatihah

- - - - -

Saturday, July 24, 2010

Big Apple Donuts & Coffee

Nikmati donut dari sebuah lagi jenama .... Big Apple



Sebuah kedai donut Big Apple


Franchise perniagaan donut Big Apple dimiliki oleh Big Apple Interasia Sdn Bhd. Ia merupakan perniagaan donut tempatan bukan asal dari US (sebagaimana Dunkin Donuts) dan mula membuka perniagaan di The Curve pada Mei 2007.
- - - - -

Tuesday, July 20, 2010

Harbour Plaza Metropolis


Harbour Plaza Metropolis

Berdekatan kampus HKPU ada sebuah kompleks besar bernama Harbour Plaza Metropolis. Ia merupakan sebuah kompleks perniagaan berserta sebuah hotel - Hotel Metropolis. Ruang perniagaan di HPM tidak begitu meriah berbanding gedung beli-belah yang lain. Mungkin kerana lokasinya bukan kawasan CBD namun ia masih mudah dikunjungi kerana berdekatan stesen MRT, dan stesen bas.



Sebuah bilik penginapan Hotel Metropolis 

Harga bilik yang dipaparkan (published rate) adalah HKD1000 (harga empat tahun lalu). Kini pasti harganya lebih mahal. Pernah menginap di hotel tersebut empat tahun yang lalu dan dapat kadar bayaran HKD600. Namun itu adalah harga yang ditawar melalui jalinan dengan HKPU. Kini ia telah meningkat kepada HKD800.


Ruang Hotel Metropolis



Ruang tamu (ada sofa untuk tidur)

- - - - -

Saturday, July 10, 2010

LSGI HKPU



Land Surveying & Geo-Informatics Department, HKPU

LSGI merupakan sebuah jabatan yang agak unggul di HKPU. Ia merupakan satu-satunya yang menawarkan kursus dalam bidang geomatik di Hong Kong. Reputasi mereka dalam penerbitan jurnal akademik amat membanggakan. Ia mencatatkan perkapita paling tinggi (bilangan paper vs jumlah staf).



Sebuah laboratori komputer di LSGI



Rak menyimpan peralatan klasik




Rak menyimpan peralatan EDM lama

- - - - -

Friday, July 09, 2010

HK Poly U

HK Poly U sebuah universiti ternama di Hong Kong. Kampus HK Poly U terletak di Hung Hom, Kowloon.



Sebahagian pemandangan kampus HKPU



Air pancut dengan logo HKPU

- - - - -

Thursday, July 08, 2010

Pejabat Pos HK

Bertentangan dengan Jardine House ada sebuah pejabat pos. Signage pejabat pos di HK menggunakan warna hijau.


Pejabat Pos

Banyaknya teksi di HK ...

- - - - -

Thursday, July 01, 2010

Librari HKIS

HKIS membuka pejabat di Jardine House. Pejabat tersebut siap dengan sebuah librari yang kemas.




Librari HKIS

Perhatikan tingkap bulat yang menjadi keunikan Jardine House.

- - - - -