Intekma Resort terletak berhampiran kampus Uitm Shah Alam. Resort ini amat sesuai untuk pelawat menginap lebih-lebih lagi kalau datang untuk melawat anak yang menuntut di Uitm. Kadar penginapan adalah Rm130 bagi bilik standard (dipanggil bilik studio).
Kuala Gula merupakan salah satu tempat yang wajar menjadi tarikan para pelancung sama ada warga tempatan mahu pun pelancung asing. Ia terkenal sebagai tempat singgahan burung ketika bermigrasi bagi mengelak musim sejuk di negara asal. Burung berkenaan datang dari negara seperti Siberia, China, Jepun dan lain-lain tempat.
Sebuah signage penerangan mengenai Tapak Santuari Burung Kuala Gula
Ternyata ada kesalahan ejaan dalam teks bahasa Inggeris. "Santuari" patutnya di eja sebagai "Sanctuary".
- - - - -
Kompleks Pusat Pemuliharaan Burung Laut Jabatan Perhilitan Kuala Gula
- - - - -
Chalet Resort Kuala Gula (masih dalam kerja menaik-taraf)
- - - - -
Bangunan Jeti di Resort Kuala Gula
- - - - -
Untuk menuju ke Kuala Gula pengunjung perlu berkereta melalui jalan persekutuan dari Taiping menghala ke Bagan Serai. Jaraknya dalam lingkungan 50 km dari Taiping dengan perjalanan lebih kurang 30 minit.
- - - - -
Beberapa artikel mengenai aktiviti burung migrasi Kuala Gula boleh baca di sini dan di sini.