qilla

Friday, December 27, 2019

Nasi Kandar Salim Ipoh

 

Kedai nasi ganja sentiasa penuh sesak. Alternatifnya kedai Salim di hujung deret.

Nasi Kandar M Salim

- - - - -

Thursday, December 26, 2019

Gua Gendang Pengkalan Hulu


Terdapat sebuah tarikan eko-tourism di Pengkalan Hulu iaitu Gua Gendang. Agak ceruk lokasinya. Untuk sampai perlu melalui jalan kampung kecil dan penghujung sebelum sampai melalui jalan kebun kampung yang sempit.

Sesampai pula ada sebuah komplek untuk aktiviti kem motivasi. Namun ia berpagar dan tiada akses kepada public. 


Kem Motivasi Gua Gendang
- - - - -

Grand Baron Tpg

 

Menginap Grand Baron Tpg.


Grand Baron

- - - - -

Wednesday, December 25, 2019

Bandar Pengkalan Hulu


Pertama kali tiba ke Bandar Pengkalan Hulu. Bandar kecil yang menjadi semapadan antarabangsa Perak dan Thailand. Nama lama Pengkalan Hulu adalah Kroh atau dieja juga Keroh. Pertukaran nama tersebut ialah pada Januari 1984 melalui perisytiharan oleh Sultan Perak Sultan Idris Syah II.

Nama Keroh berasal dari sebuah tasik yang keroh airnya menjadi tempat mandian dan berkubang gajah-gajah milik pembesar ketika itu iaitu Raja Reman.

Baca - fb phulu.


Sekitar Pengkalan Hulu

- - - - -

Tuesday, December 24, 2019

Lombong Bijih Timah Klian Intan


Dari Gerik terus menghala ke Pengkalan Hulu. Singgah sebentar di kawasan lombong Rahman Hydraulic di Klian Intan. Lombong bijih timah yang beroperasi lebih 100 tahun.



Sekitar kawasan parkir Rahman Hydraulic
- - - - -

Monday, December 23, 2019

Hentian Royal Belum


Dari Dataran Loma bergerak menuju ke arah Lebuhraya Timur Barat. Bukanlah nak ke Kelantan. Cuma nak menuju ke Hentian Royal Belum. Lebih kurang setengah perjalanan tibalah ke lokasi tersebut. Nama rasmi penuhnya adalah Hentian Belum Amanjaya.

Hentian Royal Belum Amanjaya yang menjadi pintu masuk utama ke Hutan Tropika Belum-Temengor (BTTR) dan Taman Negeri Royal Belum, dekat Pulau Banding di sini. Hentian Royal Belum Amanjaya sebelum ini dikenali sebagai Jeti Awam Pangkalan Aman, Pulau Banding sebelum dinaiktaraf.

Hentian Royal Belum Amanjaya di rasmikan oleh Sultan Nazrin pada Mac 2018. Baca bharian.


Hentian Royal Belum



- - - - -

Keriang Hill Alor Setar

 

Meninjau sekitar Keriang Hill.

Keriang Hill



- - - - -

Sunday, December 22, 2019

Kuala Perlis

 

Menyinggah masjid terapung kuala perlis. Disapa oleh seorang graduan geom. Isteri beliau mengajar di Kolej Matrikulasi KP N9.

Kuala Perlis

- - - - -

Dataran Loma, Gerik


Masih di sekitar Gerik ada sebuah lokasi tumpuan bagi peminat ikan iaitu Dataran Loma. Pada musim ikan Dataran Loma dikunjungi kerana ada festival tahunan mempromosi tangkapan ikan loma. Pada hari biasa suasananya tenang tanpa sebarang aktiviti menonjol. Lokasi ini dipanggil juga dengan nama Dataran Kuala Lui (link - mdgerik).

Musim menyauk dan mengail Loma bermula pada musim tengkujuh bulan Ogos setiap tahun.



Dataran Loma

- - - - -

Saturday, December 21, 2019

Rumah Tetamu Majlis Daerah Gerik


Singgah bermalam di Rest House Gerik. Juga dikenali dengan nama Sri Inai Inn Gerik.


Rumah Tetamu Majlis Dareah Gerik


Sri

- - - - -

Majlis BTP Rawang

 

Majlis anak ustaz.

Villa BTP

- - - - -

Friday, December 20, 2019

Villa Bandar Tasik Puteri


Menghadiri majlis walimah di Villa Bandar Tasik Puteri. Bagi yang menginap di bilik homestay fasiliti berikut disediakan.


Ruang dapur untuk memasak
 

Pantri 
 

Ruang makan
- - - - -

Sunday, December 15, 2019

Hotel Movenpick Klia


Menyinggah sebentar di Hotel Movenpick Klia. Bukan untuk bermalam. Sekadar nak makan malam di restoran situ.


Movenpick di waktu malam
- - - - -

Friday, December 06, 2019

Majlis Dengkil Banting

 

Hadir sebuah majlis sekitar Dengkil - Banting.

Lokasi sebuah sekolah tahfiz

- - - - -

Sunday, December 01, 2019

Axiata Arena


Mengambil peluang riadah sekitar kompleks sukan Bukit Jalil. Salah sebuah fasiliti yang ada di situ adalah Axiata Arena.


Axiata Arena
- - - - -