qilla

Sunday, March 31, 2019

Mercure Hotel


Hari ni bergerak dari Paris pulang semula ke London. Urusan check-in tren Eurostar melibatkan imigresen Paris dan kemudiannya pihak British. Urusan pertama agak laju namun imigresen British memerlukan sedikit masa.


Platform stesen keretapi Gu Nord


Eurostar dah sampai St Pancras

Dari stesen St Pancras menaiki tren pula menuju tempat penginapan dan turun di Hatton Cross Station. Dari stesen ambil teksi dan terus ke hotel.



Teksi yang sudah sedia menunggu


Sampai ke hotel penginapan


Mercure Hotel

- - - - -

Saturday, March 30, 2019

Institut de France


Hari ni pergi melawat sekitar Institut de France. Apakah istimewanya institusi ini. Ada lima buah institut yang bernaung di bawahnya. Salah satunya adalah French Academy of Science (FAS). Satu peranan penting FAS dalam bidang geodetik adalah usaha mereka melakukan pengukuran menentukan bentuk bumi. Usaha ini adalah melalui misi yang dikenali sebagai French Geodetic Mission pada kurun kelapan belas.

Baca tentang FAS di sini - wiki.


Pintu utama bangunan Institut de France




Bangunan asal French Academy of Science - FAS ditubuh pada tahun 1666


- - - - -

Friday, March 29, 2019

Eiffel Tower Paris


Eiffel Tower merupakan ikon bagi kota Paris. Pelancung yang datang berkunjung ke Paris pasti tidak melepas peluang melawat Eiffel Tower.


Eiffel Tower dari pandangan jauh



Suasana di kaunter beli tiket 


Suasana baris que beli tiket dari pandangan pada level 1



 Berfoto selepas selesai turun dari level 1 Eiffel Tower

- - - - -

Thursday, March 28, 2019

Tren EuroStar


Hari ini setelah check-out hotel penginapan bergerak menuju stesen keretapi St Pancras. Perjalanan berikutnya adalah untuk menaiki tren EuroStar. Tren tersebut jadualnya berlepas pada 1 tgh hari menuju Paris. Tempoh perjalanan sekitar 2 jam 20 minit. Harga tiket sekitar GBP60 untuk perjalanan pergi-balik. Info ttg eurostar London - Paris boleh baca di sini - link.




Info yang ditunjukkan monitor TV koc tren nombor 13


Sesampai di stesen Gu Nord Paris

- - - - -

Wednesday, March 27, 2019

Emirates and Wembley Stadium


Hari ni memulakan perjalanan melawat dua buah stadium sekitar London iaitu Emirates Stadium dan Wembley Stadium.


Dua arsenal di letakkan depan stadium Emirates


Untuk ke Emirates Stadium naik tren dan turun di stesen Arsenal


Stadium tuan rumah pasukan Arsenal

Arsenal was originally named so because it was started as a football club in the early stages by munitions workers in London. They worked at the Royal Arsenal, and named the club after their workplace. In time Royal Arsenal became changed to Woolwich Arsenal and then simply Arsenal (link).




Stadium Wembley


Untuk ke sini naik tren dan turun di Wembley Park Station

- - - - -

Tuesday, March 26, 2019

Back to Edin


Ketika waktu masih awal pagi bergerak ke King Cross dengan kereta sewa. bersama beg bagasi. Perjalanan teksi cuma sekitar lima minit namun dengan membawa bagasi berat adalah lebih selesa untuk bergerak dengan teksi. Sesampai di King Cross terus ke platform untuk mengejar keretapi ke Edin.


Khidmat teksi ke King Cross ketika awal pagi


Menuju platform keretapi  ke Edin

- - - - -

Monday, March 25, 2019

Platform 9 3/4 Harry Potter - King Cross Station


Awal pagi sudah bergerak menuju King Cross Station. Lokasi yang dituju pagi ini adalah Platform 9 3/4 yang menjadi terkenal kerana lokasi shooting sebuah segmen siri filem Harry Porter. Walaupun datang awal pagi namun lokasi itu sudah mula dikunjungi oleh ramai peminat khususnya untuk bergambar.


Platform 9 3/4


Kaunter kedai souvenir Platform 9 3/4

- - - - -

Sunday, March 24, 2019

Malaysia Hall London & Buckingham Palace


Pagi-pagi ni dah berjalan menuju Malaysia Hall. Nak bersarapan di kantin sana. Hidangan menu Malaysia yang ada memang cita rasa kita dan harganya pun berpatutan.


Pintu masuk ke Malaysia Hall


Malaysia Hall Canteen


Sajian kueh mueh tempatan

Usai sarapan terus pula bergerak menuju Buckingham Palace yang merupakan istana kediaman rasmi QE.


Perbarisan hormat rutin harian di Buckingham Palace
- - - - -

Saturday, March 23, 2019

Flight BE1333 Edin-London City


Awal-awal pagi ni bergerak ke Edin Airport mengejar penerbangan ke London City. Route BE1333 jangkanya berlepas jam 7 pagi. Penerbangan melalui Gate 28. Tempoh biasa perjalanan dari Edin (EDI) ke London City (LCY) adalah  1j 50min.

Info tentang BE1333 boleh di baca di sini - link.


Que untuk menaiki flight


Pesawat penerbangan BE1333

- - - - -

Friday, March 22, 2019

Geoscience Edin Uni


Hari ini mengulang lawat kampus edin uni. Lokasi yang dituju adalah School of Geosciences yang berada di bawah kendalian Geography Dept. Salah satu fasiliti yang ada di sini ialah Drummond Library.

Siapakah Drummond? .... baca mengenai William Drummond of Hawthornden (1585-1649) di sini - wiki.


Drummond Library


Pintu masuk utama

- - - - -

Wednesday, March 20, 2019

Stirling Old Town Jail


Melawat persekitaran Old Town Jail Stirling. Pada ketika ini OTW di tutup (tidak dibuka kepada umum) kerana sedang dalam proses kerja senggaraan.




Di sekitar Old Town Jail

- - - - -

Stirling Highland Hotel


Dari stesen keretapi terus meronda sekitar bandar melawat beberapa lokasi tempat yang menarik. lokasi yang di tuju adalah tempat lama dan bersejarah. yang pertama sempat di singgahi adalah bangunan Stirling Highland Hotel.




- - - - -

Bandar Stirling


waktu sampai Stirling cuacanya sedikit mendung. bandar stirling tidaklah besar sangat. penduduknya cuma sekitar 41,000 sahaja. sungguh pun penduduk tak ramai stirling mendapat status city sejak 2011.


tourist map stirling
peta ni betul betul tepi jalan bersetentang stesen keretapi


jalan untuk melintas seberang stesen keretapi

- - - - -

Tiba di Stesen Stirling


Tren dari Edin ke Stirling mengambil masa satu jam perjalanan. Tren yang dinaiki pagi ini tiba di Stirling waktu sudah hampir jam 11 pagi.


Stesen Stirling


Tulisan pada gate ...

'The railway came to Stirling in 1848. By 1900 thousands of commuters, tourists and soldiers walked along the shaky wooden footbridge, erected in 1872 after complaints about having to cross the tracks to reach the far platform. Started in 1913, the present building designed by James Miller is one of Scotland's most elegant stations. Its battlements and crow-stepped gabbles were designed to be in keeping with the historic city.


Tiket GBP9.90

- - - - -