qilla

Thursday, January 31, 2019

Bilik Penginapan Motel Fyna


Biliknya agak baru dan bersih.




- - - - -

Motel Fyna


Selesai menyinggah kejap Aked Niaga teruslah mencari lokasi tempat bermalam. Penginapan yang dipilih adalah Motel Fyna taraf dua bintang. Kadar bilik tempahan melalui agoda boleh dapat Rm81 berbanding harga Rm100 bagi Putra Regency. Lokasi sebenar Fyna adalah di Taman Desa Repoh,  Kangar (Jalan Kangar-Arau).


Kaunter check-in

  
Pemandangan tingkat bawah Fyna



Cantik susun reka dalaman di Fyna
 - - - - -  

Surau Aked Niaga Padang Besar


Untuk kemudahan pengunjung ada sebuah musola / surau di kawasan Aked Niaga Padang Besar.


Musola Aked Niaga Padang Besar

- - - - -

Aked Padang Besar


Waktu tiba ke Aked  Niaga memang agak lewat dah melepasi pukul 6 petang. Semua kedai sudah pun menutup kedai.



Beginilah keadaannya pada petang hari

- - - - -

Aked Niaga Padang Besar


Selesai urusan rakan rombongan di stesen KTM bergerak pula ke destinasi yang sering dikunjungi pelawat iaitu Aked Niaga Padang Besar. Ada tiga lokasi dengan signage berbeza yang sering menjadi tempat berfoto kenangan pengunjung. Tiga signage tersebut adalah Aked Niaga PB, Welcome to PB Malaysia dan Dataran MPK Padang Besar. Waktu niaga 9 pagi hingga 6 petang.


Aked Niaga Padang Besar


Padang Besar


Dataran MPK Padang Besar
- - - - -

Tiba Padang Besar


Kembara Thailand berakhir sebaik tiba kembali di Stesen KTM Padang Besar sekitar jam 5 petang. Ada ahli rombongan yang sudah menempah tiket tren ETS ke KL Sentral. Perjalanan ETS mereka pada 5.30 petang.




Stesen KTM Padang Besar

- - - - -

Sejenak di Hat Yai


Sebelum bergerak pulang menuju ke Padang Besar rombongan diberi kesempatan untuk meronda sebentar sekitar Central Departmental Stores.

Baca panduan melawat Hat Yai tebal 30 m/surat - thaitourism.


Hat Yai - City of Fun


 Tunnel Market


Medan jualan Tunnel Market



Suasana sekitar Grand Plaza Hotel


Jadual bas shuttle


Central Departmental Store, Hat Yai


Deretan teksi trak menunggu penumpang

- - - - -


Hamid Restaurant - Hat Yai


Sesampai di bandar Hat Yai bertepatan pula waktunya untuk makan tengah hari. Pemandu membawa rombongan ke sebuah kedai halal iaitu Restoran Hamid. Lokasinya tidaklah jauh dari Hotel Lee Gardens.

Restoran Hamid amat popular di kalangan pelawat Melayu khususnya dari Malaysia. Banyak catatan pelawat yang boleh dibaca mengenai pengalaman mereka menikmati menu di restoran ini.



Makan tengah hari di Restoran Hamid

- - - - -

Hat Yai - Hotel Lee Gardens Plaza


Selepas perjalanan sekitar 4 jam setengah rombongan sampai ke bandar Hat Yai. Satu yang diingati tentang Hat Yai adalah ia menjadi tuan rumah mesyuarat perbincangan antara Kerajaan Malaysia dengan PKM berakhir pada Disember 1989. Perbincangan tersebut berlangsung pada di Hotel Lee Gardens Plaza.

Sebelum ini hal ini hanya dibaca dalam akhbar dan juga buku-buku. Kini berkesempatan pula merakam sendiri gambar hotel berkenaan. Rombongan tiba di sini sekitar jam 1 petang.

Baca Peace Agreement of Hat Yai 1989 (wiki).




Surat Thani ke Hat Yai dan Pdg Besar


Perjalanan seterusnya adalah dari Surat Thani ke Padang Besar dengan persinggahan sebentar di Hat Yai. Jarak dari Surat Thani ke Hat Yai adalah 317 km perjalanan sekitar 4 jam 20 minit. Surat Thani ke Padang Besar adalah 360 km sekitar 5 jam perjalanan. Hat Yai ke Padang Besar 53 km sekitar 1 jam 10 minit.





Ruang breakfast HDP (namun menunya tentulah tidak halal)



Sedikit foto sebelum check out dari Diamond Plaza, Surat Thani
- - - - -

Sedikit Tentang Surat Thani


Sedikit info mengenai Surat Thai berdasar artikel  di wiki:

Surat Thani (Thaiสุราษฎร์ธานีpronounced [sù.râːt tʰāː.nīː]) is a city in Amphoe Mueang Surat ThaniSurat Thani Province, southern Thailand. It lies 651 km south of Bangkok. It is the capital of Surat Thani Province. The city has a population of 128,179 (2009), and an area of 68.97 square kilometers. The city's population density is 1,858.47 inhabitants per km².
Surat Thani is near the mouth of the Tapi River on the Gulf of Thailand. The city offers no major tourist attractions in itself, and is mainly known to tourists as the jumping-off point to Ko SamuiKo Tao, and Ko Pha Ngan. It is the regional commercial center, with a seaport dealing in the main products of the province, rubber and coconuts.

The city received its name, which means "city of good people", by King Vajiravudh (Rama VI) in 1915. The name was given to the city due to the intense devotion of the locals to Buddhism. Previously the city was known as Bandon (Thaiบ้านดอน), meaning "village on higher ground". The name of the city is taken from the Indian city Surat in Gujarat on the Indian River Tapi. King Vajiravudh (Rama VI) gave this name to his city as he was impressed with the Indian city.


Pemandangan tebing sungai di Surat Thani (Sungai Tapi)




Bersarapan kedai halal di Surat Thani



Gerai jualan buahan
- - - - -

Wednesday, January 30, 2019

Diamond Plaza Hotel Surat Thani


Menginap bermalam di Hotel Diamond Plaza malam ini adalah courtesy sumbangan jurupandu pelancung  kami yang telah bekerja sepanjang tempoh rombongan. Berbanyak terima kasih. Kadar bilik Deluxe Double di HDP melalui booingdotcom adalah Rm159 semalam. Agak mahal juga hotel berbanding dua hotel lain (eg. Hotel S22 dan Hotel Rajthani) yang menawar harga Rm93.






Bilik penginapan HDP

- - - - -

Menginap di Surat Thani


Selesai makan malam perjalanan diteruskan menuju ke penginapan di Surat Thani. Pada asalnya rombongan bercadang bermalam di Hat Yai tetapi memandang waktu sudah lewat maka opsyen yang diambil adalah bermalam di Surat Thani. Maka setelah sekitar setengah jam perjalanan dari kedai makan malam sampailah rombongan ke penginapan di Hotel Diamond Plaza, Surat Thani. Waktu tiba di hotel sekitar pukul 9.45 malam.


Urusan check-in di Diamond Plaza Hotel

- - - - -

Berehat Makan Malam


Selepas solat di Khun Sarai perjalanan diteruskan menghala ke selatan. Setelah sekitar dua jam perjalanan rombongan berhenti rehat dan mencari tempat untuk makan malam. Lokasinya mungkin sudah hampir dengan bandar Surat Thani. Waktu ketika ini sekitar pukul 8.30 malam.


Menu makan malam


Kedai makan turut menjual kitab agama

- - - - -

Berehat di Musola Khun Sarai


Seterusnya menyambung lagi perjalanan ke selatan Thai dan hentian berikutnya adalah di Khun Sarai r&r untuk solat. Khun Sarai adalah 2 jam 20 minit dari Dan Singkhon iaitu jarak sekitar 174 km. Sekiranya perjalanan dibuat terus dari Hua Hin ke Khun Sarai adalah 260 km perjalanan sekitar 3 jam 30 min. Sesampai di Khun Sarai waktu sudah menghampiri pukul enam petang.





Musola di R&R Khun Sarai


Bangunan utama R&R Khun Sarai
- - - - -