qilla

Wednesday, February 20, 2008

Key-chain Tioman


Ke Tioman tu belum pernah sampai. Tapi setakat nak beli key-chain tu tak payah tiba Tioman pun boleh dapat..

Biskut Pioneer

Biskut yang disediakan buat pertama kali. Adunannya adalah biskut corn flakes. Boleh tahan juga hasilnya tu...

Pembinaan CIQ

Kompleks CIQ berhampiran Tambak Johor rancak berjalan. Sekali pun projek jambatan bengkok telah lama berhenti.



Progress pembinaan pada Okt '07

Handphone Togel

Macam mana rupa handphone kalau dah semua badannya tercabut ? Bahasa pasarnya kita kata togel ..




Apa yang tinggal?

Tuesday, February 19, 2008

Main Layang-Layang



Main kat mana ni... Kat tempat parkir berdekatan Dewan MRSM Mersing. Orang lain masuk Mrsm belajar. Dia ni pergi main layang-layang pulak !

Robo Toys


Toys untuk kanak-kanak datang dengan pelbagai versi. Robo adalah versi mewah. Harganya mencapai ratusan ringgit. Siapalah yang nak membelanjakan sebegitu banyak wang untuk membeli toys. Mungkin ada pembelinya tetapi mereka tu punya wang banyak dan tak tau macam mana nak guna ..

Robo (harga Rm329-90)


Ada pula versi yang seangkatan Robo tetap dengan jenama WowWee ..

WowWee



Harganya ratusan juga...


Mug TTU

Ada sebuah mug yang disimpan sebagai kenangan.



Mug TTU

Mug ini datang dari Tallinn University of Technology. Edisi 90 tahun penubuhan TUT dan dijual harga 53 Kroon (lebih kurang Rm18).

Bekas CD

Bekas CD ini produk Taiwan. Harga yang ditampal tertulis $129. Itu duit New Taiwan Dollar (NTD). Kalau tukar duit kita lebih kurang Rm10. Bekas ni boleh muat 80 keping CD.

Bekas ni designnya agak besar tapi boleh muat 80 CD.



Saturday, February 16, 2008

Bubur Lambuk UDA


Bubur lambuk merupakan satu juadah yang muncul istimewa di bulan Ramadan. Banyak masjid-masjid di serata tempat yang menyediakannya untuk diedar kepada para jemaah secara percuma. Pada setiap tahun Masjid Bandar Baru UDA tidak pernah ketinggalan memasak bubur lambuk.


Pada Ramadan 1428 ditambah dengan satu peningkatan baru kerana siap diedar menggunakan plastik berlogo sendiri.


Kedai Kereta Terbabas

Kalau berjalan ke KL carilah kedai ini. Ruang depannya di reka unik sekali. Siap ada kereta kebal terbabas. Letaknya berhampiran Plaza Low Yat.