qilla

Sunday, February 25, 2024

Strudels Jenama Corica


Terima buah tangan dari PER. Strudels dari sebuah jenama yang femes, Corica.

Baca catatan tentang corica coretan travel kampung boy (link).



Alhamdulillah

- - - - -

Saturday, February 24, 2024

Dewan Pengantin - A Park Puchong


Pertama kali berkunjung ke Dewan A-Park. Sebuah lokasi yang menyedia khidmat tempat majlis perkahwinan. Besar tempatnya. Parkir pun luas dan amat elok kawasannya. Siap disediakan khidmat tram untuk bawa tetamu dari tempat parkir ke dewan majlis perkahwinan.


Ada Khidmat Tram




- - - - -

Majlis Walimah Puchong


Hari ini hadir satu majlis walimah di Puchong. Majlis undangan jiran yang pernah bersama di uda jb.




- - - - -


Wednesday, February 21, 2024

Tukar Tayar


Tayar yang bocor tidak dapat diguna lagi. Tukar tayar baru. Kos tayar baru RM460 sebiji. Service tayar dibuat di kedai Sek 28.


Tukar tayar baru


Kedai tayar Sek28

- - - - -


- - - - -

Tayar Bocor


Sebelah malam selepas pulang dari Klia tayar belakang kiri bocor. Kebocoran hanya disedari setelah berada di rumah. Khidmat service privilege honda sangat membantu. Mekanik datang dengan kereta towing. Namun mekanik cuma menukar tayar spare tanpa perlu khidmat towing.


Tayar spare

- - - - -

Monday, February 19, 2024

KLIA - Tfq Trip


Petang ini ke KLIA sebentar untuk menghantar Tfq yang mahu berlepas ke PER. Penerbangan pada pukul 7.50 malam dan perjalanan ke PER mangambil masa lima jam. KLIA masih meriah dengan tema sambutan tahun naga.




Hiasan sambutan tahun naga
- - - 



Bertemu sepupu yang mahu ke KK Sabah
- - - - -


Friday, February 16, 2024

Riadah Taman Botani Perdana


Sesi riadah pagi ini lokasinya di Taman Botani Perdana. Tempat parkir kereta ada disediakan dengan bayaran Rm4 sekali masuk untuk tempoh tanpa limit.


Cuaca elok cerah

- - - - -

Thursday, February 15, 2024

Potong Rumput Sesi Februari


Sesi potong rumput berkala bulanan. Kali ini sesi Feb.


- - - - -


Sunday, February 11, 2024

Majlis Walimah Bangi


Dapat hadir undangan majlis walimah di Bangi/Kajang. Majlis undangan rakan senior sekolah. Beliau tinggal menetap di sebuah taman perumahan di Bangi.



- - - - -

Saturday, February 10, 2024

Sesi Bowling Summit USJ


Bila dapat berkumpul ramai eloklah buat sesi bowling. Sebelah pagi arena belum ramai orang. Senang saja buat tempahan untuk tiga lorong balingan.


- - - - -

Restoran Seremban Station Summit USJ


Masih dalam mood cuti tahun baru Cina. Ramai ahli keluar ambil peluang bersama berkunjung USJ Summit untuk minum pagi.



Seremban Station, Summit USJ

- - - - -

Friday, February 09, 2024

Gerai Makan Roundabout Putra Heights


Pihak MPSJ menyedia sebuah tempat gerai makan yang baru dibuka di Putra Heights. Tempat tersebut dinama Roundabout kerana lokasinya memang berdekatan sebuah roundabout.


- - - - -

Riadah Petang Putra Heights


Petang ini sempat riadah sebentar. Tidak ramai orang di taman petang ini. Ramai yang sedang bercuti di luar kawasan sempena period cuti sekolah dan juga cuti tahun baru Cina.



- - - - -

Thursday, February 08, 2024

Ayaana Chai Masala


Chai Tiffin

Sebelum balik dari sebuah mall tempoh hari terpandang sebuah kedai nama Ayaana. Jualannya adalah menu minuman yang berorigin dari India seperti chai dan teh masala. Harganya boleh tahan mahalnya. Paling murah secawan sampai RM9. Padanlah kot harganya tu kerana bisnes mereka dalam mall besar.

Apa dia masala chai ni? Menurut satu petikan;

Masala Chai, also known as spiced tea, traces its roots back to India, where it has been an integral part of the country’s culture for centuries. The term “masala” refers to a blend of aromatic spices, while “chai” simply means tea. In Indian households, Masala Chai is often served as a gesture of hospitality, bringing people together and fostering connections. This warm and comforting beverage has become synonymous with conversations, social gatherings, and a sense of home. 

- - - - -

Wednesday, February 07, 2024

Pasar Raya Baru Sek 28


Hari ini minum pagi di Sek 28. Ternampak ada sebuah pasar raya baru bakal dibuka.


- - - - -

Sunday, February 04, 2024

HBD Afq


Berkumpul beramai untuk sambutan HBD Afq. Majlis diada di Sunway Pyramid.



Ole Ole Bali

- - - - -

Saturday, February 03, 2024

Riadah Seksen 14


Riadah pagi ini kat sekitar taman awam Sek 14. Selesai riadah minum pagi berkelah beramai.



Sesi berkelah


Taman Sek 14
- - - -


Thursday, February 01, 2024

Gerai Goreng Pisang Dengkil


Dalam perjalanan pulang dari Hospital Banting sempat juga menyinggah Dengkil. Ada warung jual pisang goreng cicah sambal kicap johor. Berdepannya ada pula gerai jual cendol.



Gereng Pisang Dengkil
- - - 


Gerai Cendol Dengkil


- - - - -




Melawat Sepupu Di Hospital Banting


Hari ini pergi ke Hospital Banting. Melawat ZG yang dirawat di ICU. Dia dirawat kerana muntah kuat. Menurut doktor komplikasi kerana dos berlebihan yang diberi doktor setelah operasi pasang stent.


Entrance ke Wad ICU




Gate Utama Hospital Banting

- - - - -