qilla

Saturday, August 16, 2008

Majlis Hadiah Sekolah Agama

 

Hari ada majlis penyampaian hadiah sekolah agama.



 


- - - - -

Monday, August 11, 2008

Majlis Padang Krt Mlja

 

Pertama kali satu majlis perkahwinan diadakan di padang krt mlja. Majlis perkahwinan anak hj shuib bersama pasangan staf legal air jhr.




- - - - -

Sunday, August 03, 2008

MPH Bangsar

MPH merupakan gedung menjual buku yang mempunyai perniagaan besar di merata bandar. Selain MPH cuma kedai buku Popular dan Times sahaja yang menjadi pesaing kepada MPH. Borders dan Kinokuniya juga menjalankan perniagaan yang sama tetapi hanya terdapat di KL saja (namun Borders sudah mula melangkah ke Pulau Pinang).


Peninggalan kedai MPH Bangsar

Bagi sesiapa yang pernah ke Bangsar tentu menemui kedai buku MPH yang telah menutup perniagaannya di salah sebuah bangunan kedai yang besar. Sebenarnya MPH tersebut bukanlah menghentikan perniagaan tetapi memindahkan operasi perniagaannya ke kompleks membeli-belah berhampiran iaitu Bangsar Village.

Dulunya kedai ni tentu besar sampai tiga tingkat nampaknya!



Saturday, August 02, 2008

Melawat Pusat Sains Negara



Pusat Sains Negara
Bila berkunjung ke KL, salah satu tempat yang patut dilawati oleh para pelajar ialah Pusat Sains Negara di Bukit Kiara. Ia terletak dipinggir ibukota dan agak sukar mencarinya jika kita tidak biasa dengan sistem jalan di KL. Tambahan pula tiada kemudahan pengangkutan awam yang menyediakan khidmat ke tempat tersebut (kecuali menaiki teksi).


Tekun bermain ...


Waktu cuti sekolah kelihatan ramai pengunjung yang datang antaranya tiba dengan berpakaian seragam menaiki bas sekolah. Bahan pameran yang terdapat mungkin tidak setanding dengan pusat sains di negara lain namun cukup memberi pendedahan alam sains kepada para pelajar. Kebanyakan pelajar yang datang pun lebih berminat bermain dengan exhibit yang ditunjukkan tanpa mengambil kira sains yang ada di sebaliknya.


Pintu keluar Pusat Sains Negara


Friday, August 01, 2008

Big Apple Donuts

Sebuah kedai donut terkenal - Big Apple Donuts - telah mula membuka perniagaan di Pasaraya Tesco, Plentong. Belum pernah sampai ke tempat tu tetapi promosi pembukaannya kelihatan hebat. Siap iklan di surat khabar (akhbar The Star sahaja yang dipilih).



Beraneka pilihan donut dari Big Apple Donuts


Big Apple Donuts adalah sebuah jenama yang terkenal yang kini bersaing dengan Dunkin. Antara menu yang ditunjukkan dalam foto di atas ialah - Choreo, Pink Panther, Duren Duren, California Almond, The Alien dan Glacier.