qilla

Friday, February 25, 2011

CFCV Tour Map

Satu kelemahan ketara CFCV adalah ia tidak menyediakan peta info yang menunjukkan lokasi bahan pameran. Sepatutnya flyer dan peta info diberikan kepada pengunjung asing waktu membeli tiket.



Peta lokasi pameran CFCV (diperolehi melalui satu sumber internet)

Melihat peta di atas ternyata amat banyak bahan pameran yang ada di sana. Kalau masuk melalui East Gate (lihat sebelah atas kanan - peta di atas) pengunjung akan melalui Tea house - Mongolian Yurt - Beijing Quadrangle - Korean House - Muslim Architecture - dsb.

- - - - -

Sunday, February 20, 2011

Entrance Masuk CFCV

Taman tema CFCV mempunyai dua buah pintu masuk - East Gate dan West Gate.



Haluan menghala ke Entrance East Gate



Start Here - Pintu gerbang Entrance East Gate



Tangga turun East Gate

- - - - -

Chinese Folk Culture Village (2)

Untuk memasuki CFCV pengunjung dikenakan tiket berharga 120Yuan. Tiket yang sama boleh digunakan untuk masuk ke Splendid China. Maknanya harga tiket adalah untuk 2 dalam 1. CRCV merangkumi saiz kawasan yang amat luas. Luas keseluruhan CFCV menjangkau 50 ekar. Pengunjung terpaksa berjalan banyak sekiranya ingin habis melihat semua pameran yang ada. Basikal dan motosikal elektrik untuk disewa ada disediakan sebagai kemudahan kepada yang mampu. Pengunjung juga boleh mengelilingi CFCV menaiki koc tren khas (dengan bayaran bertiket).



Sebuah koc tren mengelilingi CFCV

Petikan dari yeschinatour; baca juga warriortours

China Folk Cultural Village features life-size replicas of 24 villages chosen from areas inhabited by ethnic peoples in Yunnan, Guizhou, Sichuan, Tibet, Xinjiang and Inner Mongolia. The villages attempt to reflect the folk customs and the culture of China's nationalities.

- - - - - 

Friday, February 18, 2011

Chinese Folk Culture Vilage

Chinese Folk Culture Village merupakan sebuah tempat tarikan pelancung yang tersenarai dalam promosi pelancungan Shenzhen. Lokasinya adalah di kawasan Overseas Chinese Town berdekatan Splendid Bay. Ia juga bersebelahan dengan Splendid China (sebuah lagi destinasi pelancung). CFCV mudah dikunjungi kerana ada sebuah hentian tren berdekatannya disediakan oleh sistem pengangkutan Metro. Perjalanan menaiki metro dari Stesen LoHu memakan masa 35-40 minit.


Entrance masuk ke CFCV
- - - - -

Thursday, February 17, 2011

Green Tree Inn

Green Tree Inn adalah sebuah tempat penginapan bagi pelancung biasa yang mencari bilik bermalam. Kadar harga bilik adalah 189 Yuan semalam.



Green Tree Inn, Shenzhen



Bilik biasa di Green Tree Inn

(Bilik disediakan katil untuk tiga orang)


Signage menunjukkan kadar bilik kumpulan Green Tree

(Bagi Green Tree Shell kadarnya 120Yuan; Green Tree Hotel 289Yuan; Green Tree Suite 910Yuan)

- - - - -

Monday, February 14, 2011

Persembahan Beijing Stars

Pada sebelah malam satu persembahan pentas telah diadakan di sebuah arena. Persembahan tersebut turut disertai oleh artis yang muncul ketika pembukaan Olimpik Bejing 2008. Tiket masuk adalah 40 Yuan. Venue di mana persembahan ini diadakan sentiasa mengadakan persembahan yang berterusan mengikut jadual.


Persembahan 1



Persembahan 2



Persembahan 3



Persembahan penutup

- - - - -

Basikal Peronda Meisha

Pihak penguasa di Meisha turut memberi tumpuan kepada aspek keselamatan pengunjung yang datang melawat Dameisha Seaside Park. Petugas keselamatan akan meronda kawasan tersebut dengan menaiki basikal khas.



Basikal peronda  keselamatan

- - - - -

Saturday, February 12, 2011

Dameisha Beach Sculptures

Satu lagi tarikan yang terdapat di Dameisha Beach Park adalah binaan beberapa buah sculptures. Binaan sculpture tersebut boleh dilihat dari jauh kerana bersaiz besar dan berwarna. Sculpture menyerupai bentuk orang dan bersayap. Maka ia dipanggil dengan berbagai nama. Antara nama tersebut adalah Bird Man Sculpture; Angel Sculpture; dan Wing Sculpture.



Sculptures di Dameisha

- - - - -

Friday, February 11, 2011

Dameisha Wish Tower

Satu tarikan kepada pengunjung Dameisha Seaside Park ialah sebuah tower tinggi - Wish Tower. Ia dibina pada tahun 1999. Wish Tower merupakan sebuah tower yang menarik senibinanya dengan ketinggian 83 meter.

Pengunjung boleh menaiki elevator untuk sampai ke puncak Wish Tower dengan dikenakan bayaran 60 Yuan. Selain dapat menikmati pemandangan yang indah mereka yang sampai ke puncak juga mengambil peluang membuat 'wish'. Mereka berbuat begitu kerana pengaruh feng shui yang mempercayai wish yang disebut di situ selalunya dipenuhi. Itulah sebabnya nama binaan tersebut Wish Tower. Ia mungkin dibina setelah mengambil kira faktor feng shui tersebut.



Wish Tower


Wish Tower dari jauh

- - - - -

Baca beberapa info mengenai Wish Tower;

- Wish Tower in the Dameisha seashore park of Shenzhen, built in 1999. From the top of it, one can look into the distance -the sea, the city and some hills and islands of Hongkong (source - trekearth).

Sedikit tentang senibina Wish Tower boleh baca di sini (guangdongdecor); info ringkas Wish Tower boleh baca di sini - foreignercnchinatraveldeport, dan shenzendaily.

- - - - -

Monday, February 07, 2011

Dameisha Beach Park


Plak Signage Meisha

Dameisha (atau Meisha) jauhnya lebih kurang 30 minit perjalanan bas dari kota Shenzhen. Ada yang menamakan Meisha Seaside Beach sebagai Dameisha Beach Park dan juga Dameisha Promenade. Ia merupakan sebuah kompleks pelancungan mengandungi beberapa tarikan. Antaranya adalah Dameisha Beach Park, Sun Square, Moon Square dan Sunshine Corridor. Meisha boleh dikunjungi percuma (tanpa tiket masuk). Tidak seperti sebuah pantai lain (Xiaomeisha) yang dikenakan bayaran masuk (i.e., 20 Yuan).




Stall menjual souvenir dan air kelapa di Meisha Seaside Beach



Stall air kelapa (harga sebiji 10 RMB)

- - - - -

Tarikan lain Meisha Seaside Beach adalah - binaan Wish Tower, dan Sculpture 'Drifting Generation'



Wish Tower
- - - - -

Meisha Beach Park memperolehi ISO9002 pada tahun 2002 (baca - shenzhentour)

- - - - -

Sunday, February 06, 2011

Meisha Seaside Beach



Pintu masuk utama ke Meisha Seaside Beach

Antara tempat pelancungan utama yang patut dikunjungi di Shenzhen adalah pusat peranginan tepi laut - Meisha Seaside Beach. Namanya dieja juga sebagai Da Meisha (atau Dameisha) dan ia terletak di kawasan Dapeng Bay, Yantian District, Shenzhen.



Pantai pasir di Meisha

Baca - pengangkutan ke Meisha - sczpost; dan pengenalan ringkas DaMeisha

- - - - -

Di mana lokasi Yantian ?



Peta Shenzhen (sumber -wikipedia)

Petunjuk Shenzhen Central District:

1. Futian District; 2. Luohu District; 3. Nanshan District; 6. Yantian District


Peta interaktif boleh dapat di sini - startinchina.

- - - - -

Saturday, February 05, 2011

Shenzhen Port

Setelah sampai ke Shenzhen bas menuju ke satu destinasi pelanchungan tepi laut - Meisha (dieja juga sebagai Da Meisha atau Dameisha). Perjalanan ke situ akan melalui Shenzhen Port. Pelabuhan tersebut merupakan ke empat tersibuk di dunia selepas HK, S'pore dan Shanghai (baca - china embassy).



Timbunan kontainer di Shenzhen Port

- - - - -

Baca mengenai port kelima paling sibuk - LA/Long Beach Port Complex, CA disini - naval thesis.

- - - - -

Lok Ma Chau Border Crossing

Apabila sampai di Lok Ma Chau pelawat akan melalui pemeriksaan imigresen untuk keluar dari HK. Setelah selesai pelawat akan menuju ke platform menunggu bas untuk dibawa menyeberang ke Shenzhen. Bas khas disediakan dengan tambang dibayar terlebih dulu. Bas yang membawa pelawat akan berhenti di Huanggang, tempat pemeriksaan imigresen bahagian Shenzhen. Perjalanan tersebut mengambil masa 5-10 minit.



Terminal bas pos imigresen Lok Ma Chau



Pintu masuk pos imigresen Lok Ma Chau



Pintu keluar setelah pemeriksaan imigresen Lok Ma Chau



Terminal bas menuju pos imigresen ke Shenzhen

- - - - -
Foto crossing deck dan terminal bas Huanggang (dari virtuatourist)



Border Crossing Deck



Terminal Bas Huanggang

- - - - -

Friday, February 04, 2011

Bas dari City ke Lok Ma Chau

Dari Hong Kong amat mudah untuk menuju ke Shenzhen. Jika menaiki bas menghala ke Shenzhen kita akan dibawa ke Lok Ma Chau (pekan sempadan HK-Shenzhen). Perjalanan memakan masa 50 minit. Bagi yang menaiki MRT gunakan laluan East Rail Line dan Lok Ma Chau merupakan hentian terakhir (setelah sambung perjalanan dengan Lok Ma Chau Spur Line). Perjalanan memakan masa 45 minit dan tambangnya HKD34. Untuk memasuki Shenzhen warga Malaysia perlu mendapat visa terlebih dahulu dari Kedutaan China di KL. Tanpa visa tersebut pelawat tidak dapat memasuki China/Shenzhen.



Sebuah bas pelancungan ke Lok Ma Chau

- - - - -



Peta lokasi Lok Ma Chau

Laluan Lok Ma Chau dibangun dengan kos yang mahal HKD10 billion. Kos meningkat kerana pelan asal diubah dengan membina terowong bawah tanah (asalnya tanpa terowong). Ia diubah kerana desakan dan protes dari para environmentalis.

Baca: laporan pembinaan Lok Ma Chau - hk highway dept dan kronologi perancangan, protes dan projek pembinaan Lok Ma Chau - transport policy issue

Baca: kecekapan e-imigresen yang mempersoal jsutifikasi membina Lok Ma Chau di sini - sustainable living hk, dan laporan EIA projek Lok Ma Chau (klik LMC Spur Line).

- - - - -

Thursday, February 03, 2011

Fortune Teller Stalls

Berdekatan dengan kompleks WTS Temple terdapat satu lagi tarikan iaitu tempat menilik nasib (fortune-teller). Para pelawat yang berminat boleh mendapat khidmat para penilik nasib yang banyak membuka perniagaan di situ. Para penilik nasib berkenaan menjalankan perniagaan mereka dalam deretan gerai yang disediakan. Dalam bahasa Cina fortune-teller dirujuk dengan panggilan Kau Cim.



Signage petunjuk ke gerai fortune teller



Perniagaan tilik nasib

- - - - -