qilla

Wednesday, August 21, 2019

Kafe Villa Halal Airport DMK


Sementara menunggu kaunter check-in penerbangan Air Asia dibuka eloklah mengisi perut. Kebetulan di Airport DMK ada sebuah kafe muslim Villa Halal. Kafe Villa Halal terletak di International Departure Terminal 1 Level 4. Harganya berpatutan beef burger misalnya dijual pada harga 130 THB.


Kafe Villa Halal



Buku menu Villa halal

- - - - -

Tiba di DMK Airport


Hari ini tamatlah percutian BKK dan bersedia untuk terbang pulang ke Malaya. Pagi hari lagi kenderaan sudah bersedia menunggu untuk ke DMK Airport. Perjalanan dari Pratunam ke DMK sekitar 30 minit sahaja. Ternyata Airport DMK sentiasa sibuk dengan ramai yang sudah berada di terminal perlepasan.





- - - - -

Tuesday, August 20, 2019

Stesen River Kwai Bridge


Stesen River Kwai Bridge sebuah stesen yang menjadi tumpuan pelawat dan pelancung asing.  Di sekitar stesen di letakkan beberapa lokomotif lama untuk pelawat mengambil gambar.




- - - - -

Tren Tiba di Stesen River Kwai Bridge


Setelah satu setengah jam perjalanan tren yang dinaiki pun tiba ke destinasi iaitu stesen River Kwai Bridge. Ketika tiba memang dah ramai pelawat yang sama-sama menunggu tren tiba sambil masing-masing sudah bersedia mengambil gambar tren melintasi River Kwai.






- - - - -

Menaiki Tren Ke Kwai River Bridge


Tren sampai di stesen Thamkra Sae pada hampir jam 4 petang. Pelawat boleh menaiki tren tanpa membeli tiket terlebih dulu kerana bayaran tiket dikutip oleh konduktor ketika berada di koc. Tambang perjalanan adalah THB100 setiap penumpang. Bagi penumpang warga Thailand mereka tidak perlu bayar tiket. Tren kelas tiga memberi khidmat percuma kepada mereka. Kerusi tren tanpa nombor maka penumpang boleh duduk di mana yang kosong.





Tren menjadi mod pengangkutan bagi murid sekolah


Murid sekolah sudah sampai ke destinasi mereka setelah satu atau dua stesen perjalanan
- - - - - 

Thamkra Sae Railway Bridge


Satu lagi tarikan pengunjung datang ke Thamkra Sae adalah untuk melihat Jambatan Keretapi Thamkra Sae. Jambatan ini dibina pada zaman tentera Jepun untuk Death Railway. Rekabina dan cara binaannya kini amat unik dan memang menarik perhatian pengunjung yang datang.

Bagi pengunjung yang ingin menaiki keretapi melintasi jambatan ini tren akan melalui pada waktu berikut ....

The train will pass through Tham Kra Sae at roughly 5:46am; 7.38am; 11.41am; 1.15pm; 3:58pm and 5:51pm. (Link - read travel). Jadual penuh perjalanan boleh baca di sini - link.






Jambatan Keretapi Tahamkra Sae

- - - - -

Stesen Keretapi Thamkasae (atau Thamkra Sae)


Ada sebuah stesen keretapi di pekan kecil Thasakae. Nama yang ditulis di stesen keretapi ini ada dua versi -  Thamkasae dan satu lagi ditulis nama Thakra Sae. Stesen ini kelihatan sunyi dan hanya hidup bila ada keretapi datang. Yang menunggu untuk menaiki keretapi kebanyakannya adalah pelancung asing. Mereka datang untuk merasai pengalaman menaiki keretapi 'Death Railway'.


Signage tertulis Thamkasae


Signage tertulis Thamkra Sae

- - - - -

Tham Krasae


Selesai solat terus menyambung lagi perjalanan. Destinasi di tuju adalah ke Sai Yok District. Lebih tepatnya adalah menuju ke Tham Krasae Bridge yang mana di situ ada sebuah stesen keretapi yang femes (laluan Death Railway). Jarak perjalanan dari Masjid Darussalam ke Sai Yok sekitar 40 km dengan tempoh pemanduan kira-kira 45 minit. Tham Krasae merupakan pekan kecil dan terdapat beberapa kedai dan gerai menjual barangan cenderamata untuk pelancung.



 Kedai menjual T-shirt


Bazar pakaian untuk wanita

- - - - -

Masjid Darussalam


Selesai melihat sekitar Srinagarind Dam ketika itu sudah melewati waktu Zohor. Kami meminta pemandu mencari masjid yang berdekatan. Setelah berkereta sekitar 20 minit jumpalah sebuah masjid iaiti Masjid Darussalam. Masjidnya sederhana besar, bersih dan terjaga elok. Lokasi masjid adalah di Chong Sadao, Mueang Kanchanaburi District (klik).





Masjid Darussalam

- - - - -

Srinagarind Dam


Selesai melawat sekitar Erawan National Park pemandu membawa pula kami ke sebuah dam yang terletak amat berdekatan iaitu Srinagarind Dam. Nama dam diambil sempena nama Princess Srinagarindra. Dam ini juga adakalanya dieja sebagai Srinakin.

Srinagarind Dam is a rockfill dam with clay core. It is consists of crest with 610 meter in length and height of 140 meter. The dam is managed by Electric Generating Authority of Thailand. Source - EGAT.





Srinagarind Dam

- - - - -

Erawan Waterfall


Salah satu tarikan utama di Erawan National Park adalah air terjun Erawan (Erawan Waterfalls). Satu inisiatif bagus dalam menjaga kebersihan adalah larangan membawa makanan dan minuman terutama yang mengguna paket polystrin.

Erawan Waterfall is recognized as one of the most beautiful waterfalls in Thailand. Located in the Tenasserim Hills in Kanchanaburi Province, some 200 km northwest of Bangkok. Erawan has seven separate tiers and is part of a national park of the same name. Besides the waterfall, the park hosts a handful of limestone caves offering plenty of exploration opportunities to visitors.. Source - link.



Erawan Waterfalls - Tier 1 (Level 1)

- - - - -

Erawan National Park


Selesai makan pagi perjalanan seterusnya adalah menuju ke Erawan National Park. Jauhnya kira-kira 53 km dengan perjalanan sekitar 1 jam. Sewaktu tiba di lokasi tersebut hujan renyai pula membasahi kawasan sekitar.



Pintu masuk utama


Visitor Center


Signage Erawan

- - - - -

Kedai Halal Kanchanaburi


Perjalanan pagi ini dimulai dari keluar BKK dan terus menuju ke destinasi tanpa minum pagi kerana mengejar masa. Maka sesampai Kanchanaburi masing-masing kelaparan. Mujur ada sebuah kedai makan Muslim betul-betul di kawasan parkir utama Kanchanaburi. Menu yang ada memang masakan Thai seperti nasi goreng, meehun goreng, dan yang seangkatan.



Kedai makanan Muslim Pekan Kanchanaburi

- - - - -

River Kwai Bridge


Tumpuan utama pelancung berkunjung ke Kanchaburi adalah untuk melawat River Kwai Bridge.




Plak untuk memperingati 50 tahun sejarah RKB railway (1942-1992)


- - - - -

Pekan Kanchanaburi


Hari ini perjalanan yang di rangka adalah menuju ke Kanchanaburi. Jauhnya adalah 144 km dari BKK dan mengambil masa sekitar 2 jam 15 minit. Pemandu datang jam 6 pagi dan beliau memandu terus ke Pekan Kanchanaburi tanpa berhenti di mana-mana. Berikut adalah beberapa pemandangan pekan tersebut sekitar awal pagi ketika cuaca masih kelam. Pekan Kanchanaburi dibangunkan oleh King Rama 1 pada lewat kurun ke-18. Baca wiki.


Jewelry Market


Otop Lifestyle Coffee & Bakery


River Kwai Park




River Kwai View Hotel
- - - - -