qilla

Tuesday, September 29, 2009

Old Town White Coffee

Satu lagi jenama kopi yang muncul dipasaran tempatan adalah Old Town White Coffee. Menurut website OTWC merupakan rangkaian terbesar perniagaan kopitiam dengan 133 premis (statistik sehingga Ogos 09). 




Old Town White Coffee
(Ada logo Jakim tak?)

Kini OTWC melebar sayap perniagaannya sebagai minuman pilihan syarikat penerbangan AirAsia.

Monday, September 28, 2009

Kopi Nature's Cuppa

Apa istimewanya kopi jenama Nature's Cuppa? Jarang jumpa kopi ini di kedai biasa. Tak semudah mencari Nescafe, atau kopi tempatan seperti Kopi Ginseng, Kopi Tongkat Ali, Kopi Radix yang dilambakkan di pasaran.




Kopi Nature's Cuppa

Waktu ke Kuantan sempat menyinggah di Giant kat kompleks beli-belah Kuantan Mall. Di situlah kopi ini dibeli. Mahal juga harganya dalam Rm20 sebotol. Maklumlah produk organik katanya. Nature's Cuppa datang dari Australia. Di sana harga jualannya ialah AUD6-30 bagi paket 100 gm (baca di sini - aussiehealthproducts)

- - - - -

Sunday, September 27, 2009

Big Apple Donut




Premis donut Big Apple

Sebuah lagi globalisasi donut sampai ke selatan tanah air. Donut berjenama Big Apple kini membuka perniagaan di JB.




Pilihan Donut Big Apple




Kotak Big Apple

Di mana Big Apple JB ni. Pergi ke Jusco Bukit Indah dan temui mereka di sana!




Jusco Bukit Indah

- - - - -

Saturday, September 26, 2009

Cup Cake





Cup Cake Ben10

Perniagaan membuat cup cake semakin mendapat perhatian dari para usahawan. Para pengusaha pula amat inovatif dengan corak cup cake mereka. Malah mereka bersedia mengikut trend semasa. Apa sahaja permintaan pelanggan mampu mereka sediakan.




Luah idea anda mereka realisasikan

- - - - -

Friday, September 25, 2009

Kotak Gloria Jean's




Kotak Gloria Jean's

Kiosk kopi Gloria Jean's turut menyediakan beberapa pilihan bakeri sebagai jualan. Muffin dan kek dijual kepada pelanggan yang mencari snek untuk mengalas perut.Tapi harganya memang mahal. Sebiji muffin berharga Rm4-50.  Kalau tak beli pun tak rugi kita.




Kek Gloria Jean's

- - - - -

Monday, September 21, 2009

Season Bakery




Kotak Season


Season dulu menjual pastri roti, bun dan kek. Kini dah jual donut sama. Established sejak tahun 1975 bermula di Taman Sentosa JB. Dah lebih 30 tahun tu. Lawati website mereka di sini - season. Bukan nak promote perniagaan mereka tetapi sekadar memberi maklumat.

Sunday, September 20, 2009

Beraya Aidil Fitri 2009

 

Beraya aidil fitri 2009.



 

Tak balik kampung ke?

- - - - -

Thursday, September 17, 2009

Bekas Pensil Utm


Bekas pensil


Sempena musim pendaftaran pelajar utm baru-baru ini ada memento istimewa (bekas pensil) yang disediakan untuk para ibubapa dan pelawat. Memento tersebut bukanlah percuma tetapi dijual dengan harga berpatutan. Elok dan sesuai untuk mereka yang mencari sesuatu sebagai buah tangan.






Apa isinya?
- - - - -

Tuesday, September 15, 2009

Universal Adapter




Universal Adapter


Power cable yang dipakai untuk notebook rosak setelah bertahun digunakan. Adakah itu suatu yang normal ke tak itu tak pasti. Yang pasti kena cari adopter baru sebagai ganti. Kalau nak cari brand yang sama (i.e., Dell atau sebarang jenama lain) kena beli terus dari pembekal on-line. Harga bagi jenis Dell pulak Rm 245 (boleh semak kat web site). Nak mudah beli sahaja yang banyak stok kat kedai aksesori komputer. Harga cuma Rm145 (harga kat JB).


Power cable baru




Banyak slot dibekalkan


Jamin boleh pakai kat semua notebook jenama apa pun!
 
- - - - -

Monday, September 14, 2009

Visi Ikim




Beg Ikim

Entri ini bukan nak cerita apakah visi organisasi Ikim. Nak tau visi Ikim baca kat web page mereka. Ikim menerbitkan magazine dengan judul Visi. Waktu melawat Pesta Buku KL lalu Ikim ada membuka booth jualan. Singgah di booth mereka lantas beli Visi edisi lama (tahun 2006). Harga jualan koleksi tahunan tesebut hanya Rm6 (maknanya cuma 50 sen setiap isu).




Koleksi Visi 2006 (Harga Rm6)





Empat isu Visi tahun 2006





Visi Bil 99 (tahun 2009)

- - - - -