qilla

Tuesday, October 31, 2023

Baiki Bumbung Tiris


Ada air masuk bila hujan lebat. Panggil kontraktor untuk betulkan. Mereka datang bertiga. Buat kerja sekitar dua jam. Upah dan kos Rm500.



- - - - -

Sesi Potong Rumput


Rutin bagi bulan okt.




- - - - -

Saturday, October 28, 2023

Majlis Walimah Di Wisma LJT


Hari inidapat hadir majlis walimah jemputan Tuan Hj RM. Beliau adalah ex Pengarah Jupem Negeri Johor. Dalam majlis sama dapat bertemu ramai rakan lama yang pernah bersama di kampus Jalan Gurney.




- - - - -

Menyinggah Melawati Mall


Mengambil kesempatan keberadaan  di Melawati singgahlah sekejap di Melawati Mall. Lokasinya betul-betul bersebelahan Wisma LJT. Kebetulan ada undangan untuk satu majlis di Wima berkenaan. Sempatlah minum2 dan melihat sekitar Mall tsb.



Playground corner Melawati Mall

- - - - -

Pasang Dashcam


Gajet dashcam (ikut ejaan webster) semakin banyak dipakai oleh pemandu kereta. Hari ini kamera  dashcam dipasang kat kereta. Pemasangan dibuat di sebuah kedai aksesori kereta. Upah yang kena bayar Rm100.




- - - - -

Thursday, October 26, 2023

Bistro ARR Alam Impian


Pertama kali menyinggah taman perumahan Alam Impian. Sebuah perumahan sekitar seksen 35. Rakan lama jemput jumpa dan ajak minum teh. Lokasi Bistro ARR. Menurut pengusaha bistro mereka sudah membuka banyak cawangan merata Lembah Kelang. Satu bistro ARR ada juga di seksen 15.

Bersama AMS 

- - - - -

Friday, October 20, 2023

Habis Baca Okt


Setakat M3 oktober dapat habis baca lapan judul berikut.

Tujuh buku librari cuma satu dari rak sendiri

- - - - -

Buku Pinjaman Ratu


Hari ini kena pergi ke librari Ratu memulang buku pinjaman lama. Seterusnya pinjam pula enam buku lagi.

- - - - -

Solidariti Palestin


Masjid Munawarrah mengada program Solidari Palestin. Program diadakan sebaik selesai solat Jumaat. Cuaca selepas solat Jumaat sedikit mendung.

Solidariti Palestin

- - - - -

Myeongdong Topokki Putera Height


MyeongDong membuka outlet baru di Putera Height. Singgah dan membeli menu ayam goreng.


Kaunter Myeongdong Topokki

- - - - -

Thursday, October 19, 2023

Klcc - Tukar Kad Cimb


Buat permohonan untuk menukar kad Cimb. Kad ditukar setelah membuat aduan ada cubaan belian secara online oleh scammer. Urusan dibuat di kaunter Cimb Klcc. Selepas selesai amik lunch di food court.

Amik foto waktu di stesen Lrt

Kedai Coffee & Toast Level 3

- - - - - 

Tuesday, October 17, 2023

Ambil Spek Baru


Semalam pergi ke Main Place untuk ambil spek yang baru siap. Ada dus spek yang dibuat. Satu spek jauh harga Rm1900 dan satu lagi spek baca Rm200.

Kedai BS Optometri

Dua spek baru

Spek baca

- - - - -

Monday, October 16, 2023

Singgah Bandar Saujana Putra


Rakan sekelas menalipon dan mengajak minum petang di Bandar Saujana Putra. ZM datang dari Changlun melawat anaknya kat Jalan Kebun. Sebelum itu ZM turut serta majlis alumni sempena 50 tahun Geomatik Uitm.


Restoran Al Haji Bistro


Deret kedai belakang Al Haji

- - - - -

Saturday, October 14, 2023

Restoran Kapitan TTDI


Pagi ni keluar bfast lewat. Bergerak menuju TTDI dan mencari restoran Kapitan. Restoran besar dan kemas. Menu utama mereka nasi beryani. Ada juga roti nan dan sebagainya. Roti Nan jenis lembut dan senang dimakan.

Restoran Kapitan TTDI

- - - - -

Friday, October 13, 2023

Singgah Kedai Buku Kinokuniya


Selepas check out dari Santa Grand waktu sudah menghampiri zohor. Terus menuju Masjid As Syakirin untuk solat Jumaat. Selepas solat ada program unjuk rasa Solidariti Palestin. Tak dapat nak ikut serta. Sebaliknya terus menuju kedai buku Kino. Habislah satu jam melihat rak yang biasa.



Rak Malaysia History

- - - - -

Thursday, October 12, 2023

Kolam Renang Santa Grand Hotel


Lepas balik sekolah SH dan UT berendam di kolam renang hotel. Petang semalam mereka dah masuk pool juga. Tapi tidak lama kerana hujan turun. Kali ini puaslah main air. Lagi lah suka kerana petang ini orang pun tak ramai kat pool.



Kolam renang Santa Grand Hotel

- - - - -

Wednesday, October 11, 2023

Penginapan Santa Grand Signature


Menginap sebuah penginapan bersebelahan dengan sekolh CBN2.

Hotel Santa Grand Signature



Room 1014

- - - - -

Tuesday, October 10, 2023

Baiki Baiduri


Berlaku kerosakan toilet bowl kat Apartmen Baiduri. Kena lah panggil pekerja kontraktor untuk baiki dengan menukar toilet bowl baru. Harga beli Rm300 dan upah pasang juga sama harga belian.


Bowl di beli oleh kontraktor


Blok Baiduri 3

- - - - -

Monday, October 09, 2023

Tukar Bateri Kunci Jazz


Kunci Jazz ini sudah lama habis bateri. Tukar bateri baru di Main Place. Turut dibuat satu set kunci baru untuk rumah.

Kunci Jazz ditukar bateri

- - - - -

Saturday, October 07, 2023

Majlis Makan-Makan


Hari ini ada manjlis makan pagi kat rumah. Menu nasi dagang, nasi lemak, roti canai, dan beberpa lain didatangkan dari Kpg Pencala. Semuanya sumbangan oleh FMY. Semua jemputan dapat hadir kecuali satu keluarga dari MY KAJ yang terpaksa berada di rumah kerana demam.

Baca kod lokasi lain di unlocode my (link). Bagi Bagan Datok kodnya adalah BAG.


Antara yang dapat bersama

Menu nasi dagang etc

- - - - -

Tukar Tayar Jazz


Tayar Jazz ada yang sudah rosak hingga terkoyak. Maka ditukar semua empat tayar. Harga tayar Goodyear yang baru Rm240 sebiji. Kedai tayar sekitar lokasi Alamanda.

Tukar empat tayar

- - - - -

Friday, October 06, 2023

Riadah Taman Awam USJ


Sempat riadah pagi ni di sebuah taman awam mbsj. Lokasu USJ3. Beberapa fasiliti awam turut tersedia. Ada sebuah dewan kecil untuk sewaan orang awam dengan kadar sewa bermula RM600.


Sebuah dewan kecil untuk kegunaan awam

- - - - -

Monday, October 02, 2023

Perjalanan Ke Airport DMK


Hari ini perjalanan pulak ke Msia. Sewa kereta untuk ke Airport DMK. Penerbagan jam 1 tengahari dan kereta grab tiba ke hotel jam 10.30 pagi. Perjalanan ke DMK ambil masa sekitar 30 minit. Pemandu kata dia berusia 74 tahun.



Kereta Grab tiba right on time

- - - - -

Turun Dan Tamat Kunjungan Sky Walk


Berada di Sky Walk hingga sekitar jam 8 malam. Dapatlah melihat suasana kota Bkk dari ketinggian 314 meter.

Kota Bkk dari Sky Walk jam lapan malam



Kaunter ambil foto Sky Walk

- - - - -