qilla

Wednesday, October 31, 2007

Ole-ole kerepek

Di musim perayaan banyak yang menjamu biskut raya, kek dan segala macam makanan. Namun ramai juga yang menyediakan snek dan kerepek. Malah bagi sesetengah orang menyediakan kerepek lebih mudah - senang dibeli dan tahan lama.


Foto di atas adalah kerepek ubi yang diberi jiran sebagai ole-ole raya. Banyak pulak tu.. satu plastik besar.

Sunday, October 28, 2007

Plaza Larkin

Sebuah kompleks tempat makan-makan dibuka di Plaza Larkin. Banyak gerai niaga di situ. Salah satunya ialah menjual roti canai, murtabak dan seangkatan dengannya.





Kedai Kain

Sebuah lagi kedai kain baru telah di buka di Angsana. Gedung Tekstil Gulatis's ini berpindah dari premis lamanya di Jalan Wong Ah Fook. Berapa lama agaknya gedung ini akan bertahan di Angsana? Ruang niaga yang diduduki Gulati's asalnya adalah kedai Kamdar.

Gulati's

Sunday, October 21, 2007

Sampul Dunkin

Bila menyambut raya banyak sampul duit yang kita kumpul. Ada sampul dari bank, ada sampul dari kedai dan macam-macam.



Kedai Dunkin Donuts pun tak ketinggalan. Tahun ini siap bagi sampul raya. Kalau dia bagi donut percuma lagilah bagus!


Harga sebiji donut dah Rm1-90

Yang ini pula kotak dunkin sempena menyambut Ramadan dan Aidil Fitri.



Biskut Raya


Raya baru ini buat kuih raya untuk kali pertama. Menjadi juga apa yang dicuba tu.. nampak elok dan kira bolehlah tu. Lagi pun yang membuatnya baru darjah empat - umur sepuluh tahun.




Apa nama biskut ni? Nampak macam muffin cuma saiz nya kecil.

Cadbury Hadiah


Menerima hadiah memanglah seronok. Tak kisah apa benda pun asalkan hadiah orang bagi. Baru ni dapat hadiah coklat Cadbury..



Ada tujuh bar coklat. Walau pun kecil tapi sedap tu.. Harga kalau dibeli Rm11-90.

Kasut Raya Dulu

Bila tiba musim raya kanak-kanak adalah paling gembira. Mereka sibuk nak beli semua yang baru - tak ketinggalan kasut baru. Walau pun kasut lama mereka masih elok.


Kasut berjenama pertama kali di beli untuk raya dua tahun yang sudah. Kan masih elok. Tapi saiz pula dah tak boleh pakai .. dah sempit.



Harga belian dekat Rm100, waktu tu ada promotion. Kira harga diskaunlah tu.



Apa kesudahan kasut ni? Nak pakai dah tak muat, nak simpan pun tak ada orang lain yang nak guna. Akhirnya derma aje kat sesiapa yang mungkin teringin nak pakai.

Wednesday, October 17, 2007

Klinik Low Wisma Maria


Pergi klinik low di wisma maria jb. siapa yang berjumpa dr low?

Klinik Pakar Kulit



- - - - -

Saturday, October 13, 2007

Musim Raya 2007

 

Beraya 2007 ini kat rumah malinja saja ke?



unser dan wira

- - - - -