qilla

Sunday, May 06, 2018

Stesen Keretapi Tumpat


Satu lagi tempat yang dilawati dalam perjalanan kali ini adalah Tumpat. Lokasi yang mudah di tuju ialah Stesen Keretapi Tumpat. Tumpat adalah lebih kurang 20km (yg betulnya dalam18km saja) dengan perjalanan sekitar 30 minit dari bandar Kota Bharu.


Signage Stesen KTM






Jadual Tren Stesen Tumpat

- - - - -

Kopitiam Kita


Pagi hari sebelum memula perjalanan singgah dulu minum pagi di kedai yang menjadi ikon di Kota Bharu - Kopitiam Kita. Kedai ini sering menjadi tumpuan kepada penduduk tempatan dan lebih-lebih lagi pelawat dari luar Kelantan. Maka mendapatkan ruang parkir memang agak mencabar.


Kopitiam Kita

- - - - -

Saturday, May 05, 2018

Sekitar Pekan Bachok


Berikut adalah beberapa infrastruktur yang terdapat di Bachok - klinik, masjid.


Klinik Kesihatan Bachok




Masjid Mahmudi, Bachok

Lokasi masjid ini berdepan dengan Pantai Irama
- - - - -

Pantai Irama Bachok


Destinasi seterusnya yang di tuju adalah Pekan Bachok Kelantan. Bachok terletak sekitar 20km dari Bandar Kota Bharu dengan perjalanan sekitar 30 minit. Lokasi yang menjadi tumpuan pelawat adalah Pantai Irama.

Pantai Irama juga menyimpan sejarah pahit kerana menjadi salah satu tempat pendaratan utama tentera Jepun di Tanah Melayu. Kesan sejarah ini masih boleh dilihat dengan wujudnya beberapa buah kubu tentera Inggeris yang masih terdapat di Pantai Irama. (sumber - mdb)



Signage besar Pantai Irama


Sedikit pemandangan di Pantai Irama




Deretan tempat niaga dan kediaman kecil sekitar Pantai Irama

Selain Pantai Irama ada lagi lokasi pantai yang boleh di lawati iaitu Pantai Pengkalan Petah (link) dan Pantai Kemayang (link).
- - - - -

Minum Pagi di White House


Tempat minum pagi yang menjadi tarikan di Kota Bharu ialah White House. Para pelanggan datang tidak putus-putus maka mejanya sentiasa penuh. Mereka yang sabar sanggup beratur di luar kedai menunggu ada meja kosong.


Kedai Kopi White House Kota Bharu

- - - - -

Friday, May 04, 2018

Kedai Makan Mr Cook


Berkunjung ke Mr Cook untuk makan malam. Pengunjung yang datang agak ramai.


Buku menu


- - - - -

Studio Penginapan


Penginapan selama berada di KB adalah di sebuah studio unit yang di usahakan sebagai homestay.


Unit 3 - S - 50


Ruang masuk 


Ruang penginapan


Ruang dapur

- - - - -

PCB Resort


Satu masa dulu resort ni cukup terkenal. Sekarang sudah tidak lagi menyerlah.




Jalan masuk ke PCB Resort


Resort PCB

- - - - -

Kedai Makan Sri Nibong PCB


Menyinggah sebuah kedai makan di PCB untuk melapik perut. Salah sebuah kedai makan yang sudah buka waktu sampai di sana adalah Sri Nibong. Lebih tepatnya lokasi ini dipanggil Kg Semut Api.


Kedai Sri Nibong


Menu yang ditampal kat dinding kedai

- - - - -

Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kelantan


Perjalanan ke KB bermula dengan Air Asia pagi JB-KLIA2 dan kemudian KLIA2 ke KB. Sesampai sana ambil kereta sewa dan menyinggah dulu PCB lokasi yang tak jauh dari airport Pengkalan Chepa.


Pemandangan pantai di PCB


Deretan kedai makan sekitar PCB


- - - - -