Wednesday, January 31, 2024
Tuesday, January 30, 2024
Monday, January 29, 2024
Sunday, January 28, 2024
Saturday, January 27, 2024
Sambutan Taiping 150 Tahun
Pagi ini ambil kesempatan beriadah sebentar di Taman Tasik Taiping. Taiping tahun 2024 ini menyambut ulangtahun penubuhan yang ke-150. Iaitu sejak penubuhan pada 1874 - tahun perjanjian pangkor. Banyak banner sambutan digantung pada tiang lampu sekitar Taman Tasek Taiping.
Banner sambutan Taiping 150 Years
- - -
- - - - -
Friday, January 26, 2024
Hotel Grand Baron Taiping
Perjalanan dari Baling ke Selama amik masa sekitar dua jam. Kemudian perjalanan diteruskan menuju Bandar Taiping melalui hala Kemunting. Perjalanan sekitar tiga puluh minit. Dari kemunting menempuh hala jalan yang ada banyak kem askar dan juga penjara taiping. Akhirnya sampailah ke hotel grand baron.
Kamar tingkat dua
- - - - -
Majlis Walimah Baling
Kunjungan ke Ulu Legong adalah sempena satu majlis walimah yang di ada di Baling Kedah. Selepas check out maka semua bergerak ke Baling dan berkumpul di masjid bandar Baling. Dari masjid bergerak pula ke lokasi majlis walimah di Kpg Banggol Wan Mat. Landmark berdekatan adalah Hospital Baling.
Masjid Baling
Foto kenangan majlis walimah
- - - - -
Check Out Ulu Legong
Menginap di RUL cuma untuk satu malam sahaja. Check out time pada pukul dua belas tengahari. Pada pagi minum pagi disediakan melalui pesanan sendiri. Pembekal menyedia nasi lemak dan roti canai. Makan beramai dengan sanak saudara dan kemudian ramai yang amik kesempatan berendam di kolam air panas.
Kaunter daftar masuk dan keluar
- - - - -
Kafe Resort Ulu Legong
Kepada para pelawat yang berkunjung ke Ulu Legong dan yang menginap di Resort Ulu Legong tidak perlu khuatir nak cari tempat makan. Di Resort sendiri ada gerai makanan dan kafe yang dibuka untuk orang awam. Gerai tersebut sebenarnya dibina oleh Majlis Daerah Baling untuk kemudahan pengunjung.
Menuju Ulu Legong
Selesai solat Jumaat sekita jam 2.30 petang mula bergerak dari Kaki Bukit menuju ke Ulu Legong, Baling Kedah. Waze memberi anggaran masa perjalanan ke sana sekita dua jam setengah. Jauh juga perjalanannya. Sepanjang perjalanan singgahlah di dua hentian. Hentia pertama untuk membeli mango dan hentian kedua beli goreng pisang.
Gerai goreng pisang rangup
- - - - -
Thursday, January 25, 2024
Masjid Jabal Al-A'ala Kaki Bukit
Selepas selesai meronda Gua Kelam bergerak mencari masjid untuk bersedia solat Jumaat. Masjid berdekatan adalah Masjid Jabal Al-A'ala, Kaki Bukit Perlis.
Pengalaman pertama bersolat Jumaat di Perlis. Bila masuk waktu Khatib naik mimbar, memberi salam dan duduk. Bilal melaung azan dan diikuti bacaan khutbah oleh Khatib. Semasa doa akhir khutbah oleh Khatib tiada jemaah yang menadah tangan.
Kemudian terus solat Jumaat. Akhir solat tidak pula diikuti zikir dan doa berjemaah. Imam terus bangun dan masuk ke bilik rasmi beliau.
Masjid Jabal Al-A'ala Kaki Bukit
Suasana ruang solat sebelum masuk waktu
- - - - -
Gua Kelam Kaki Bukit
Ketika berkunjung Wang Kelian tidak dapat lama di sana kerana cuaca mendung dan hujan pun sudah rintik renyai. Maka mulalah bergerak keluar. Waktu ketika itu masih awal. Maka lokasi paling dekat yang boleh dituju adalah Gua Kelam.
Ini merupakan kunjungan kali ketiga. Persekitaran Gua Kelam sudah ada perubahan. Kaunter tiket sudah dipindah tempat disekali dengan kaunter parkir kereta. Ruang parkir juga sudah bertambah besar dengan sistem laluan yang lebih sistematik.
Suasana kini Gua Kelam
- - - - -
Viewing Gallery Wang Kelian
Lokasi yang kini menjadi tumpuan di Wang Kelian adalah Viewing Gallery. Pengunjung boleh sampai ke puncak viewing gallery dengan menaiki buggy denganharga tambnag cuma RM3. Tapi jarak nak mendaki tidak jauh mana. Ad juga pelawat yang mendaki berjalan kaki tanpa naik buggy.
Beberapa pemandangan di puncak viewing gallery
- - - - -