qilla

Monday, January 26, 2009

J Co Donuts


Sebuah lagi pengusaha donut - J Co kini telah membuka perniagaan di City Square JB.


Kedai J Co



Plastik J Co




Kotak J Co



Menu 1




Menu 2



Menu 3



Setengah dozen - Rm11-50

Kotak Baru Dunkin

Re-branding atau gimik perniagaan datang dalam berbagai bentuk. Salah satu kaedahnya ialah memberi imej baru perniagaan melalui penukaran kotak pembungkus. Dunkin Donut melakukannya sempena tahun baru 2009.



Kotak baru Dunkin Donut



Sisi lain ...

Sunday, January 18, 2009

Pantai Kemasek Kemaman

Pantai Kemasek terletak berhampiran Kemaman. Mudah untuk sampai ke situ kerana terletak dalam jalan utama Kuantan-Kemaman. Simpang masuk ke situ agak bahaya kerana terletak betul-betul di jalan yang berselekoh.
Pantai Kemasek Kemaman


Batuan di Pantai Kemasek


Lagi batuan menarik di Pantai Kemasek


Di Pantai Kemasek ada disediakan beberapa gerai oleh Mara dibawah sekim pembangunan usahawan mikro. Jualan yang ada termasuklah seperti menjual burger dan keropok lekor. Mereka hanya berniaga pada hujung minggu dan mungkin waktu petang ke malam. Kalau datang pada Ahad pagi langsung tiada orang yang berniaga di situ.



Sebuah gerai peniaga burger



Gerai peniaga .... kosong pada pagi Ahad


Tandas awam Pantai Kemasek

Majlis Perbandaran Kemaman sedang giat dengan projek menaik taraf kemudahan awam di Pantai Kemasik. Mereka sedang membina gerai kekal untuk peniaga, taman permainan dan berbagai usaha mengindahkan kawasan persekitarannya.

Gerai peniaga sedang dalam pembinaan

Dataran taman permainan sedang di bina


Pelantar pejalan-kaki dalam pembinaan

Tuesday, January 06, 2009

Pantai Batu Hitam

Banyak sekali pantai peranginan yang boleh dilawati di sepanjang pantai timur dari Johor, Pahang , Terengganu hinggalah ke Kelantan. Salah satunya adalah Pantai Batu Hitam berhampiran Bandar Kuantan. Ia terletak kira-kira 10km dari Kuantan menghala ke Kemaman.

Fasiliti yang disediakan termasuklah ruang letak kereta yang berturap, bangku rehat, dan menara tinjau. Tidak jauh dari pantai ada warung makanan untuk para pengunjung menjamu selera. Menurut sebuah artikel warung makanan tersebut terkenal dengan sajian ikan bakar seperti kerapu, bawal dan tenggiri (lihat link di bawah).



Suasana di Pantai Batu Hitam



Satu pemandangan di Pantai Batu Hitam
Sekiranya hendak bermalam terdapat sebuah resort berhampiran Pantai Batu Hitam iaitu Duta Sands Beach Resorts (Tel: 544 8101). Senarai resorts lain rujuk di sini.
Maklumat lain mengenai pantai di Kuantan (i.e., Teluk Cempedak, Chendering dan termasuk juga Pantai Batu Hitam) boleh di baca di sini.