qilla

Tuesday, December 11, 2007

Maktab Sultan Abu Bakar

MSAB atau EC adalah sebuah sekolah premier di JB. Waktu cuti sekolah baru ni berpeluang melawat MSAB. Pada waktu itu diadakan sesi temuduga untuk program melanjut pelajaran ke Jepun bagi calun lepasan SPM.


Sebahagian Bangunan Utama MSAB


Sambil menunggu sesi tersebut selesai sempatlah melihat-lihat persekitaran MSAB. Satu tempat tumpuan ialah Museum Sains dan Serangga. Museum tersebut terletak di salah satu blok lama MSAB.


Bahan pamiran anatomi manusia


Kewujudan museum tersebut adalah suatu yang amat membanggakan kerana bukanlah mudah pihak sekolah mengadakan artifak dan bahan pamiran.

Pemandangan ruang pamiran Museum Sains MSAB

Antara bahan yang dipamiran adalah peralatan lama yang pernah digunakan di makmal sains msab seperti jangka gelombang, alat timbangan dan banyak lagi.

Pelbagai jangka dan mesin timbang

Sebahagian serangga yang dipamirkan


Turut di pamirkan adalah berbagai jenis serangga dan hidupan seperti rama-rama dan sebagainya. Kebanyakan hidupan tersebut dikutip oleh pelajar semasa sesi lawatan ke hutan di Cameron Highlands dan tempat lain.


...

Sunday, December 09, 2007

Kedai Magazine

Waktu jalan-jalan di Bukit Bintang terjumpa sebuah kedai serbanika - Selvan. Kedai ini istimewa kerana amat banyak majalah yang dijual. Berbagai judul majalah tempatan dan luar negara ada tersedia di rak.



Lihatlah koleksi majalah yang tersusun.


Majalah, majalah di mana-mana...




Pintu depan kedai Selvan, dibuka 24 jam pulak tu.

Saturday, December 08, 2007

Singgah di Lebuhraya

Beberapa tempat singgahan di lebuhraya..


Kaya Kopitiam di stesen BHP (berhampiran Plaza Sg Besi menghala selatan)


Dunkin Donuts - stesen Petronas hentian R&R Seremban menghala selatan




Shalala Coffee - hentian R&R Seremban menghala selatan


Monday, December 03, 2007

Suria KLCC

 

Sempena cuti sekolah mengambil kesempatan meronda sekitar Suria Klcc.

Depan pintu masuk utama

- - - - -

Sunday, December 02, 2007

Bisnes di stesen putra

Beberapa ruang bisnes yang kita temui di stesen putra

Chelos Bakery

Kelihatan dikendalikan oleh seorang pembantu jualan sahaja. Mungkin waktu pagi di awal pembukaan. Belum banyak pelanggan.

Choizes

Menjual snek dan buahan. Pengalaman di hentian Ampang mendapati servisnya agak lambat. Di ketika tak ramai pelanggan pun terpaksa menunggu lama untuk membeli waffle.

Newsplus

Kiosk menjual surat khabar, majalah dan barangan makanan serta minuman.



Saturday, December 01, 2007

Stesen Monorail

 

Dapat merasa naik monorel memang seronok.

 

Stesen mana ni?

- - - - -