qilla

Friday, April 30, 2010

Night Market



Pasar malam baru hendak bermula (foto waktu jam 5 ptg)

Sebaik tiba semula di stesen Tung Chung bas telah bersedia untuk meninggalkan Lantau Island menuju ke Kowloon. Destinasi pertama yang dibawa oleh pemandu pelancung adalah kawasan jualan pasar lambak (Night Market) di Kowloon. Lupa pulak nama jalan tempat pasar tersebut.



Gerai masih bertutup kain plastik



Kenderaan sudah mula berkurangan di kawasan pasar malam



Pengunjung mula ramai menuju kedai menjual ubat, shushi, dan restoran

- - - - -

Tuesday, April 27, 2010

Lawatan TPM ke SKBU2


Hari ini TPM hadir ke majlis anugerah cemerlang murid SKBU2.





Piqah menerima hadiah cemerlang

- - - - -

See's Coffee Espreccino

Luang masa untuk berehat - minum kopi dulu ! Produk istimewa Espreccino (bukan salah eja macam bunyi cappucinno).



See's Espreccino



Kopi beruncang



Sedia untuk diminum

- - - - -

Saturday, April 24, 2010

Stesen Cable Car Ngong Ping

Tiba waktunya untuk beredar pulang dari Ngong Ping. Perjalanan pulang dari Terminal Cable Car Ngong Ping kembali menuju Tung Ching. Orang berbaris menunggu untuk pulang tidak ramai sangat. Tidak seperti mana waktu hendak datang dari Tung Ching.



Stesen cable car Ngong Ping

- - - - -

Sunday, April 18, 2010

Galeri Chopstick Ngong Ping

Makan dengan chopstick adalah budaya China. Sejak bila chopstick mula diperkenal dan dipakai oleh mereka - belum tahu jawapannya dan kenalah buat sedikit penyelidikan dan pembacaan tambahan tentang hal tersebut. Di Ngong Ping ada sebuah kedai produk pelancung yang khusus menjual chopstik. Kedai tersebut - Chopstick Gallery terletak betul-betul di kawasan tumpuan pengunjung. Pasti mahal sewanya dan tentu besar pulangan yang diraih perniagaan tersebut.


Galeri Chopstick di Ngong Ping

- - - - -

Menurut beberapa sumber bacaan chopstik telah mula digunakan ketika zaman pemerintahan Dinasti Shang (1766-1122 SM). Artikel mengenai budaya chopstick dan sejarahnya boleh baca di sini -  wikipedia; chinesefood; dan laserimageworks

- - - - -

Friday, April 16, 2010

Dataran Piazza Ngong Ping

Pada masa kini proses membangun dan menambah-baik produk pelancungan Ngong Ping masih terus berjalan. Salah satu projek yang sedang berjalan adalah Piazza yang dibina berhampiran tangga Giant Statue dan kawasan ke monasteri.



Dataran Piazza (pemandangan dari tangga)

- - - - -  

Tuesday, April 13, 2010

Giant Statue di Ngong Ping

Nota: Entri ini bukan bertujuan untuk mempromosi patung besar berkenaan cuma sekadar menceritakan produk pelancungan yang dikunjungi.

Salah satu lagi produk pelancungan di Ngong Ping adalah sebuah patung besar Buddha. Patung tersebut dinamakan Tian Tan Buddha (ada yang merujuk sebagai Big Buddha atau Giant Statue). Artikel wikipedia menyebut bahawa Tian Tan telah dibina pada tahun 1990 dan siap pada Disember 1993 dan terus rasmi dibuka. Kos pembinaannya mencecah USD68 juta. Artikel yang sama terbit di hongkongsunday.



The Giant Statue

Tian Tan dibina dengan ketinggian 34 meter dan berat keselurohan 250 tan metrik. Dengan ketinggian tersebut ia menjadi binaan Buddha yang tertinggi sehingga tahun 2007. menuju



268 anak tangga menuju Tian Tan

- - - - -

Sunday, April 11, 2010

Raisin Bread 7E

Bila berada di negara orang memang sukar nak mencari makanan halal. Roti merupakan salah satu pilihan yang ada. Roti berkismis boleh di perolehi dari kedai 7E pada harga HKD10-00. (lebih kurang Rm5-00). Kalau nak kira mahal juga tu.



Raisin Bread from 7-Eleven store



Sebuh kedai 7-Eleven

- - - - -

Saturday, April 10, 2010

Ngong Ping Village

Perjalanan Ngong Ping Cable Car (NPCC) menuju ke destinasi yang dikenali sebagai Ngong Ping Village (NPV). Para pengunjung tiba ke NPV selepas 25 minit menaiki kabel dari Terminal Tung Chung. NPV merupakan sebuah tarikan eko-pelancungan yang dibangunkan secara bersepadu oleh MTR Corporation. Ia merangkumi beberapa produk pelancungan yang dinamakan sebagai Walking With Buddha, Monkey's Tales Theatre dan Ngong Ping Garden Restaurant.


Ruang masuk utama NPV - bangunan yang kelihatan adalah restoran  dan ruang makan



Ngong Ping Village (bangunan ruang perniagaan)

- - - - -

Pembangunan Ngong Ping Village mendapat banyak perbahasan dan kritikan pada peringkat awal. Antara yang menyuarakan bantahan adalah pihak monastery yang bimbang terhadap impak yang di bawa oleh pembangunan tersebut. Baca beberapa artikel mengenai hal tersebut di sini - Press Release, Piazza at NP, dan Ngong Ping benefits HK?.

Lagi mengenai NPV di sini - klik.

- - - - -

Monday, April 05, 2010

Ngong Ping 360 Cable Car

Tung Chung Cable Car (yang kini dinamakan Ngong Ping 360) mula beroperasi pada September 2006. Pemerintah Hong Kong memberi kontrak projek berkenaan pada tahun 2002 kepada MTR Corporation. Cadangan projek tersebut telah dikemukakan sepuloh tahun lebih awal (awal tahun 90-an). MTR adalah syarikat yang menjalankan sistem keretapi (seperti mana LRT dan Putra di KL). Baca latar belakang mengenai TCCC - di sini.

Pada awal pembukaannya TCCC telah diuruskan oleh sebuah syarikat dari Australia, Skyrail-ITM. Satu kemalangan berlaku pada Jun 2007 di mana sebuah kereta kabin tanpa penumpang telah terjatuh. Mujur kemalangan tersebut tidak melibatkan kehilangan nyawa. Ekoran dari kemalangan tersebut khidmat syarikat Skyrail-ITM telah dihenti dan diambil alih oleh MTR sendiri. Baca laporan kemalangan tersebut di sini - thestandard dan flyertalk. Berikutan kemalangan tersebut operasi TCCC ditangguhkan dan hanya dibuka semula pada 1 Januari 2008 (baca sini - sydneymorning herald).



Pemandangan indah kereta kabel Ngong Ping 



Pemandangan sekitar Lantau (serta Statue Buddha terbesar) dari kereta kabel
 - - - - -

Saturday, April 03, 2010

Tung Chung Cable Car

Ruang membeli tiket dan menunggu untuk menaiki cable car. Harga tiket HKD74 (sehala) dan HKD107 (pergi-balik) bagi cabin biasa. Ada kabin special (dipanggil cystal cabin) harga tiket mahal sedikit tetapi que yang lebih pendik. Lantai kabin ini ada cermin kristal yang dapat melihat pemandangan di bawah (nampak air laut dan segala topografi sebenar). Tiket menaiki kabin kristal HKD109 (sehala) dan HKD157 (pergi-balik). Satu lagi pilihan adalah perjalanan pergi dengan kabin kristal dan pulang menaiki kabin biasa - harga tiket HKD142 (klik - np360).



Kaunter tiket



Berbaris untuk menaiki cable car



Pemandangan dari cable car

- - - - -

Baca maklumat lain mengenai Ngong Ping 360 (di sini); dan sejarah Tung Chung dan Lantau Island (di sini).

- - - - -

Friday, April 02, 2010

Tung Chung Cable Car Terminal

Ngong Ping Cable Car merupakan sebuah destinasi pelancungan terletak paling dekat dengan HK International Airport. Terletak di Lantau Island dan boleh ke sana dengan menaiki bas. Untuk menaiki kereta kabel pengunjung perlu menaiki melalui stesen Tung Chung Cable Car Terminal.



Tung Chung Cable Car Terminal



Tangga dan eskalator menuju ke Tung Chung Terminal


Tung Chung Terminal (pandangan dari eskalator)

- - - - -

Baca mengenai pembangunan Tung Chung cable Car Project (milik MTR Corporation) di sini - legco. Baca pula mengenai Tung Chung MTR Station di sini (wikipedia) dan lihat peta di sini (td).

- - - - -