Sunday, June 30, 2019
Sunday, June 23, 2019
Friday, June 21, 2019
Thursday, June 20, 2019
Saturday, June 15, 2019
Tuesday, June 11, 2019
Monday, June 10, 2019
Sunday, June 09, 2019
Saturday, June 08, 2019
Penerbangan Pulang INC - KLIA2
Pagi ini awal-awal lagi bersedia untuk ke Incheon untuk penerbangan pulang. Teksi sudah ditempah awal dan sudah sedia menunggu di luar rumah penginapan. Pemandu kata beliau tiba memang awal dan mungkin dia tidur sejenak ketika menunggu dalam teksinya.
Sebaik pukul lima pagi kami pun keluar dan teksi memang sudah sedia di depan rumah. Hari pun sudah cerah.
Suasana di ruang perlepasan Incheon
Sempat juga beli roti Paris Bagutte untuk breakfast
Friday, June 07, 2019
Restoran AgakAgak Hongdae
Selesai melihat sekitar Seoullo waktu pun dah menjelang maghrib. Perjalanan balik dari Seoullo ke penginapan adalah dengan bas. Lokasi hentian bas agak dekat juga dengan restoran Agak. Maka singgah dulu situ untuk makan malam.
Menu hidangan Agakagak
Seoul Grand Mosque & Seoullo
Hari ini hari Jumaat maka perlu ke Masjid Besar Seoul untuk bersolat Jumaat. Sesampai masjid hujan masih rintik membasahi sekitar masjid. Namun menjelang waktu solat masjid sudah dipenuhi ramai sempena solat Jumaat pertama Syawal 1441. Jemaah melimpah hingga luar bangunan utama dan mereka bersolat berbentang tikar di ruang terbuka.
Pada sebelah petang sempat meronda di stesen keretapi utama Seoul. Kemudiannya melihat pula Seoullo yang terletak berdekatan stesen keretapi.
Bangunan lama stesen keretapi Seoul
Stesen baru .. bangunan berdinding kaca di belakang jauh
Seoullo
- - - - -
Thursday, June 06, 2019
Namdaemun Market
Hari ini kena check-out penginapan pertama yang di Hongdae. Berpindah pula ke peginapan kedua. Mujur juga lokasinya masih sekitar Hongdae iaitu kira-kira lima minit berjalan kaki dari penginapan pertama.
Selesai urusan berpindah penginapan teruslah keluar meronda. Kali ini destinasi di tuju adalah Namdaemun Market. Ini adalah tempat tumpuan membeli segala macam barangan souvenir khususnya hiasan.
- - - - -
Wednesday, June 05, 2019
Bukchon Hanok Village
Hari ini sebetulnya adalah 1 Syawal 1441 - hari Aidil Fitri. Suasana raya memanglah tak terasa di kota Seoul. Kesempatan diambil untuk melawat sebuah lokasi pelancungan iaitu Bukchon Hanok Village.
Berfoto bersama petugas pembantu pelancung
... beliau bertanya juga tentang maksud sambutan Syawal ...
Pemandangan sekitar Bukchon Hanok Village
- - - - -